Jumaat, 25 Mei 2012

bila hati berbicara

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang tulipkembang sayangi sekalian
apa khabar? semoga sihat jasmani dan rohaninya.
kali ini tulipkembang nak kongsi sedikit ilmu yang tulipkembang dapat semasa menghadiri program "Bila Hati Berbicara" yang diadakan di Kompleks Pusat Islam Universiti Utara Malaysia pada 12 Mei 2012 yang lalu. 
Penceramahnya adalah Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya Dr. Farhan Hadi.


bagaimana hati berbicara?


jika kita nak ada jiwa yang besar kita kena ambil Allah S.W.T letak dalam hati. jika Allah ada dalam hati insyaAllah hati kita tak akan mati. kalau kita dapat Allah maka kita dapat segala-galanya.bagaimana nak dapat segala-galanya jika hati kita masih di isi dengan perkara zina, perkara maksiat atau pun perkara sia-sia sahabat.bagaimana rahmat Allah hendak datang kepada kita jika kita melakukan perkara yang Allah larang. 

"Yang baik itu apa yang Allah kata baik dan yang buruk itu apa yang Allah kata buruk"

maka sahabat untuk membentuk jiwa yang besar wajiblah kita melakukan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya. 

"Islamkan cara kita berfikir Islamkan hati kita"

"Telah bersabda Nabi S.A.W: Sesugguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika rosak daging itu maka rosaklah seluuh tubuhnya dan ketahuilah bahawa dialah HATI." 
( Riwayat Bukhari dan Muslim )    
  
hati itu ibarat raja.bagaimana caranya untuk mencari hati yang mampu membawa kita ke syurga Allah?
"carilah hatimu dengan membaca Al quran.  jika tidak kau jumpa maka carilah hatimu dengan solat. jika tidak jumpa maka carilah hatimu dengan mengingati mati. jika tidak kau temui juga maka mintalah hati yang baru."  
Subhanallah. Indah sekali Allah hamparkan jalan untuk kita. Apabila kita rasa bersalah dengan dosa kita cepat-cepatlah kita beristifar kerana apabila kita biarkan lama-lama kita akan terbiasa dengan dosa, apabila kita biarkan lama-lama kita akan rasa seronok berbuat dosa, dan apabila kita biarkan lama-lama kita akan menjadi pembela dosa. 
Apakah kebaikan dan keburukan mahasiswa yang telah terjebak dalam percintaan 

KEBURUKAN
kenapa Islam menghalang kita bercouple. Couple tu sebenarnya tak wujud dalam Islam. itu bukan budaya Islam tetapi kita lihat betapa ramainya sahabat-sahabat Islam kita yang terjebak dalam penyakit ini. couple ini sebenarnya boleh meruntuhkan karisma seseorang siswa. apa itu karisma? karisma adalah kualiti diri kita. bagaimana yang dikatakan boleh meruntuhkan kasrisma diri siswa itu. tulipkembang nak tanya adakah tujuan utama kita datang ke universiti ini untuk bercouple? tidak bukan. tetapi kenapa itu yang kita lebih-lebihkan. gaduh dengan kekasih sikit dak tak boleh study kononnya tension. ada tu sampai mengangis nangis. tidakkah kita sedar bahawa bercouple itu berkara yang sia-sia? dimana kualiti kita sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu? 
tidakkah sahahat sedar bahawa bercouple ini membawa kita kepada pembaziran
.
1) pembaziran masa
    contoh yang Dr. Farhan bagi : kita habis kredit tak boleh nak telefon awek kita then kita pinjam moto housemate pergilah ke kedai runcit yang dekat dengan rumah sewa kita. tengok-tengok topup kat kedai runcit tu sold out. okay fine kita pergi cari pulak kat Petronas yang berdekatan. tengah-tengah perjalanan ni minyak motor habis pulak. tak pasal- pasal kena tolak moto 1 km. sampai-sampa petronas isi minyak RM2 topup RM30. bila sampai ke rumah tengok-tengok dah pukul 12.30 malam. okay takpa. call awek dulu. tak nak bagi dia risau kononnya lah. cakap telefon sampailah pukul 1. badan pun dah letih sebab kena tolak moto tadi. dengan tak solat insyaknya BUMM lompat atas katil. buku pun tak pegang malam tu. Syaitan kat sebelah jerit "GOLL!" sambil tepuk tangan.


cuba lihat ke mana masa kita? habis dengan mencari kredit untuk call awek untuk call orang yang tidak sah buat kita. sampai solat di tinggalkan. adakah itu tugas sebenar kita. adakah itu cara untuk kita gunakan masa yang Allah bagi?


2) pembaziran harta.
     sambungan contoh di atas : tengok dalam masa tak sampai 12 jam kita dah habiskan RM33. untuk apa? nak call awek je. mak kita tak pulak kita call. ada lagi teruk tuh telefon mak ayah sebab nak kredit. tapi kredit tu guna untuk call sapa? haha. sendiri paham ye. korang semuakan pandai.

duit pinjaman kita. duit mak ayah bagi kita patut guna untuk makan, untuk buku tapi kita guna untuk beli topup dan call awek. Ya Allah, kesian kat mak ayah kita yang kerja siang malam hantar duit untuk kita guna tapi kita bagi kepada orang lain.

3) pembaziran tenaga
    sambungan contoh di atas : ke mana kita gunakan tenaga kita bila kita dah ada awek/pakwe? aktiviti universiti tak nak join atas alasan sibuk. atas alasan tak larat. tak larat kenapa apanya? pergi ke library study dengan awek/pakwe. balik pulak petang. tak larat so nak rehat. tapi berapa percent ilmu yang masuk?


tenaga kita yang Allah bagi patut kita gunakan untuk berdakwah tak pun untuk bersukan ke. tapi kita gunakan untuk berzina. betapa ruginya kita. bukan setakat pembaziran bercouple juga mendedahkan diri kepada perzinaan. keluar berdua-duakan tanpa di temani mahram kita. lepas tu yang jadi ketiga siapa lagi kalau bukan syaitan. sekitar 25800 orang anak yang di daftar pada tahun 2000-2008. tu jumlah anak yang di hasilkan. kalau jumlah penzina? korang darab sendirilah aeh. hihi. 


analogi zina
chatting ---> meeting ---> dating --> bunting --> ting ting (loceng pintu berbunyi- pencegah maksiat datang)


"zina berlaku dari sekecil-kecil perkara"

KEBAIKAN
senarai kebaikan couple. jeng jeng jeng
 1) membantu mahasiswa mencapai kejayaan
 2) memberi sokongan kepada kegagalan 
 3) meningkatkan tahap pemikiran lebih bertanggungjawab
hurm, pelik. ada ke kebaikan macam tu? tapi tulipkembang tengok tak macam tu pun. ada ke yang couple tu dari tak pandai dapat dean list? macam mana dorang study arh? tengok dah gaduh sikit monyok bagai nak rak. nak fokus study pun tak boleh. tulipkembang musykil ni. lepas tu dapat memberi sokongan kepada kegagalan atau menyumbang kepada kegagalan? dari rajin pegang buku jadi rajin pegang handphone. kira kalau fail bolehlah mengadu kat cik abang atau cik adik ye. bukankan Allah tempat sepatutnya kita mengadu segala perkara? akhir sekali boleh meningkatkan tahap pemikiran dan lebih bertanggungjawab dari segi macam mana tu? adakah si lelaki itu dikatakan matang dan bertanggunjawab selepas membuntingkan anak dara orang? adakah si perempuan itu dikatakan matang dan bertanggunjawab apabila membuang anak luar nikah yang dikandungnya selama 9 ke dalam tong sampah tanpa perikemanusiaan?

Langkah-langkah nak hadapi halangan untuk berkahwin
kita nak kahwin muda ni ada halangan dia dari pelbagai aspek. Jadi Ustazah Fatimah dan Dr Farhan ada bagi tips untuk hadapi dugaan nak kahwin ni.

1)salurkan fitrah pada jalan yang betul
semua orang nak kahwin. nak ada keluarga. sebab apa perasaan nak kahwin tu kan fitrah manusia. tapi kita kena salurkan fitrah kepada jalan yang betul. bukan main suka hati pakai peraturan sendiri saja.

2)kena matang 
kalau kita-kita yang muda ni cakap kat mak nak kahwin mesti mak cakap "hang nak bagi anak dara orang makan apa?" haha. sebab itu pasangan muda yang mahu berkahwin kena matang. contoh si lelaki jual burger secara sambilan. si perempuan buat bisnes printing. dari situ nampak bahawa kita sudah matang dalam mencari nafkah untuk diri sendiri tak tidak hanya berharap kepada duit mak ayah serta PTPTN/MARA/JPA. 

3) tukar cinta manusia kepada cinta Allah
katakanlah banyak sangat halangan. mak ayah pun tak restu tak ada masalah kita tukarkan cinta manusia kepada cinta Allah, cinta ilmu atau cinta dakwah Islam. 
  
"kalau salurkan fitrah dengan suka-suka hati maka ia akan menjadi fitnah"
   
"orang yang mati dibaham beruangi itu sedikit berbanding dengan orang yang mati di gigit nyamuk"

kalau kita nampak beruang kita lari ke kita nak tunggu? mesti kita lari. giler kau tunggu kat situ kang tak pasal-pasal jadi dinner cik beruang tapi kalau kita nampak nyamuk kita sikit pun tak kisah sebab apa nyamuk tu kecik je tapi sebenarnya nyamuk yang kecik itulah mampu menyebarkan penyakit yang kronik. tak caya cuba bagi nyamuk aedes gigit lengan korang. macam itu juga zina. kita keluar dengan bukan mahram kita. keluar berdua di tempat awam. sikit pun kita tak kisah. tapi lepas kita keluar tu kita akan stop macam itu saja ke? mesti lepas balik tu kita mesej. kita calling-calling. kita tukar gambar. lepas tu declare couple. tengok hanya sebab kecil itu perbuatan zina kita makin menjadi-jadi.

4) Islamkan bacaan/ minda/ cara hidup kita
  korang mesti suka tengok cerita koreakan tambah-tambah budak perempuan. tulipkembang pun suka sangat tengok cerita korea. tapi Ustazah Fatimah cakap kalau kita layan korea 1 jam. Al-quran kena 5 jam. maksudnya disini tak salah nak tengok cerita korea ke thailand ke tapi kita kena lebihkan lagi masa dengan membaca al quran serta ibadat sunat yang lain.
lepas tu korang kena cari sahabat-sahabat yang datang dari golongan beriman. sebab apa kita ni remaja muda mudi senang terpengaruh dengan rakan-rakan. kita kan jauh dari mak ayah jadi rakan-rakanlah yang paling rapat dnegan kita. sebab tu kita kena pilih orang yang beriman untuk jadi pemimpin kita dalam usaha nak kawal hati ni. 
lagi bagus kalau korang dapat kenakan denda kepada hati korang. yang mana suka dating hari-hari tu cuba jangan pergi dating seminggu. denda hati bagi dia sakit. kalau buat juga cuba pulak letak tangan kat ekzos moto. mana tahu dapat tahan 10 minit. kalau itu pun dah sakit macam mana siksaan kat akhirat kelak? 
kalau tak jadi jugak haa cuba untuk lihat kejelikkan manusia. kitakan tambah-tambah perempuan nampak lelaki yang smart dan gagah perkasa pakai baju melayu pergi solat jemaah sikit kita dah cakap "Ya Allah, dah lah handsome rajin pergi masjid pulak tu". tengok baru nampak sekali dah cakap rajin pergi masjid. padahal sebelum ni harap solat jumaat saja yang pergi jemaah. lepas tu mulalah nak stalk fb lah. cari kawan dialah. tak boleh macam itu. jangan cepat tertarik dengan apa yang di lihat secara zahir kerana zahir itu boleh menipu. kita kena kurangkan sifat kagum kepada si dia. sebab apa yang sempurna yang cantik yang hebat hanya Allah S.W.T

alhamduliilah, hanya ini ilmu yang tulipkembang sempat salin. semoga ilmu yang tulipkembang tulis ini dapat memberikan manfaat kepada sahabat-sahabat. jika ada sahabat-sahabat yang merasakan apa yang tulipkembang tulis ini lari dari landasan yang sebenar tolong tegur kerana teguran sahabat semua dapat memperbetulkan apa yang salah.




 

Selasa, 15 Mei 2012

OMBAK DUKA BERALUN PERGI OMBAK KASIH DATANG BERGANTI

"Pencuri! Pencuri! Pencuri!" ejek budak-budak kampung apabila seorang budak perempuan yang sedang mengayuh basikal usang. Gedebuk! budak perempuan itu terjatuh daripada basikalnya apabila hendak membelok ke sebelah kanan. "Hahahahaha! padan muka kau anak pencuri! Itulah jahat sangat." ketawa dua budak perempuan yang tiba-tiba keluar dari semak. Mereka dengan sengaja melemparkan guli di tengah jalan. Dengan harapan si anak pencuri itu akan jatuh dari basikal. "Kenapa awak kacau saya? Saya tak kacau awak semua pun." sedu sedan Awfiyah sambil menggosok lututnya yang luka. "Memang kau tak kacau kami. Tapi bapak kau tu jahat. Dahlah keluarga kau miskin lepas tu bapak kau tu penagih dadah. Sebab tu bapak kau suka mencuri barang orang kampung. Kau tahu tak mak kau meninggal sebab mak engkau berjangkit HIV dari bapak kau!". begitu tajam cercaan Fatin kepada Awfiyah. "Eeee, entah-entah anak pencuri ni pun ada HIV. Aku rasa baik kita pergi daripada berjangkit dengan budak ni. Hahahahaha." kata Amira dengan ketawanya. "Betul tu. Jom Amira. Tak nak aku mati awal. Hahahahaha" balas Fatin sambil menarik tangan Amira lalu pergi meninggalkan Awfiyah yang menahan sakit seorang diri. "Mak, kenapa orang kampung buat Fiyah macam ni. Fiyah tak kacau mereka pun mak. Mak, Fiyah nak mak ada dengan Fiyah. Semua orang kat sekolah cerita pasal mak dorang." kata Awfiyah sambil teresak-esak menangis. Dengan semangat yang ada Awfiyah mengambil basikalnya lalu mengayuh pulang ke rumah. "Assalamualaikum opah." salam yang di beri dalam suara terketar ketar. "Waalaikumussalam, Alhamdulillah. cucu opah dah balik. Risau opah Fiyah tak sampai lagi. Kenapa Fiyah lambat balik sayang?" sambut opah dengan nada mesra. Sudah menjadi kebiasaan untuk opah menyambut Fiyah pulang dari sekolah. Walaupun penat mengambil upah membasuh kain. Namun wanita tua ini masih mampu menghadiahkan senyuman kepada cucu kesayangannya. Baginya inilah satu-satunya harta yang dia ada. Begitulah sucinya hati yang penuh dengan kasih sayang. "Opah, Fiyah kena buli lagi. Tadi Fiyah jatuh basikal. Betul ke opah mak meninggal sebab mak ada penyakit HIV?  Bapak suka curi barang orang kampung ke opah? Kenapa budak kampung ni suka buli Fiyah? Dorang suka panggil Fiyah pencuri." Fiyah memeluk opah sekuat hati bertanyakan hal ini. "Ya Allah, cubaan apa yang engkau hadiahkan kepada anak kecil ini Ya Allah. Kuatkan semangat cucuku ini Ya Allah." doa opah di dalam hati. "Kesian cucu opah. Fiyah kena sabar sayang. Allah tengah uji Fiyah. Dia sayangkan Fiyah." jawab opah dengan tenang. "Kalau Allah sayang Fiyah kenapa dia ambil mak dengan bapak dari Fiyah? Semua kawan-kawan Fiyah ada mak dengan bapak. Kenapa Allah tak ambil mak dengan bapak dorang? Allah tak sayang dorang ke opah? Fiyah tak pernah kacau budak-budak kampung ni tapi dorang suka buli Fiyah. Suka sakitkan hati Fiyah. Kenapa Allah biarkan Fiyah kena buli kalau Allah sayang Fiyah? Allah benci Fiyah ke opah?" pertanyaan bertalu-talu dari anak kecil ini menyesakkan nafas wanita tua itu. " Bukan macam itu cu. Dugaan Allah ni banyak bentuk cu. Ada dalam bentuk kematian. Ada dalam bentuk peperangan macam di Iraq tu. Ada dalam bentuk kelaparan. Macam Fiyah Allah uji dalam bentuk  kemiskinan. Tapi Allah tak kan uji kalau hamba-Nya tak kuat. Macam Fiyah, Allah tahu Fiyah kuat. Fiyah nak mak dengan bapak masuk syurga tak? Fiyah nak jumpa mak dengan bapak?" Opah dengan perlahan-lahan memujuk anak kecil ini. "Mestilah nak opah. Tapi macam mana?" tanya Fiyah dengan pantas. Memang anak kecil ini terlalu dahagakan kasih sayang ibu bapa. "Kalau Fiyah nak jumpa mak dengan bapak masuk syurga Fiyah jangan tinggal solat. Kena rajin baca Al-Quran. Kena banyak berdoa untuk mak dengan bapak. Sabar bila orang kampung buli Fiyah. Allah suka tau hamba dia buat semua tu. Bila Fiyah buat semua tu mesti Allah masukkan mak dengan bapak Fiyah ke dalam syurga. Fiyah pun dapat masuk syurga sebab Fiyah kan anak yang solehah. Dapatlah Fiyah jumpa mak dengan bapak." kepala Fiyah di usap-usap sayang sambil memberikan nasihat penguat semangat. "Wah, macam tu ke opah? Fiyah nak jadi anak solehah. Nanti dapat jumpa dengan mak dan bapak. Yea!" girang sekali suara Fiyah. "Pandai pun cucu opah. Ni buat opah sayang sangat-sangat ni. Dah, pergi solat. Lepas tu kita makan. Opah ada masak telur goreng untuk cucu opah ni. Cucu opah yang cantik ni suka makan telur goreng kan?" tanya opah. "Suka suka. Yea! Yea! Dapat makan telur goreng." meloncat loncat Fiyah sambil bertepuk tangan. "Fiyah solat dulu ye opah!" sambung Fiyah lagi lalu berlari pergi untuk menunaikan kewajipan. Mata tua itu sekadar melihat keletah cucunya. Dia sendiri sudah tidak mempunyai kudrat yang kuat. Demi sesuap nasi dia mengambil upah membasuh kain kotor. Opah juga membela beberapa ekor ayam dan hasil telurnya di buat makan. Apabila ayam yang di bela sudah tua. Di sembelihnya ia untuk makanan mereka dua beranak. Itu sahaja yang mampu di lakukan oleh opah memandangkan usianya yang telah mencecah 63 tahun. Dia sendiri khuatir akan cucunya itu. Jika dia di panggil menemui Ilahi siapa yang mahu menjaga Awfiyah.
............................................................................................................................................................ 
Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Nyior, 6 Delima.
"Terima kasih cikgu!" jerit ketua kelas di ikuti sahutan anak buah kelas 6 delima. "Jangan lupa hantar latihan yang saya bagi ni hari Ahad minggu depan" arah Puan Mazlina lagi yang merupakan guru subjek Bahasa Malaysia. "Jom kita makan. Fiyah, awak tak nak makan ke?" soal Munirah sahabat baik Awfiyah di sekolah. "Tak pa lah. Awak semua pergilah makan. Saya masih kenyang lagi. Tadi dah sarapan banyak kat rumah." jawab Fiyah. "Okay kita orang pergi dulu. Bye -bye." Munirah dan sahabat yang lain berlalu pergi. Setelah yakin kelas 6 Delima kosong. Fiyah bangun lalu keluar menuju ke belakang kelas. Di belakang kelas 6 delima terdapat sebatang air paip. Jika Fiyah tidak mempunyai wang untuk makan waktu rehat air paip inilah yang di telan untuk mengisi kekosongan perutnya. Gelagatnya ini sering di perhatikan oleh Ustazah Aisyah. Menjadi tanda tanya kepada Ustazah Aisyah akan perkara itu. Sedang asyik Fiyah menelan air paip sebagai pengisi perut yang lapar dia disapa oleh ustazahnya. "Assalamualaikum Fiyah." Fiyah terkejut apabila ada suara menyapanya. "Waa..Waa..Waalaikumussalam. Err ustazah." tersekat sekat salam di jawab. "Ustazah selalu nampak awak kat belakang ni sorang-sorang. Kenapa awak tak rehat sekali dengan kawan awak?" soal Ustazah Aisyah. "Saya.. saya.. saya tak lapar saya nak kumur mulut ja." tipu Fiyah. "Hurm? betul ke kamu kumur mulut je? Tak kan kumur mulut punya lama? Dah tu tiap-tiap kali waktu rehat kamu datang sini. Tak baik tipu ustazah Fiyah. Allah tak suka orang menipu." acah ustazah untuk mengetahui perkara sebenar. "Saya sebenarnya.. Saya..Ustazah, saya minta maaf saya tak ada niat nak menipu. Sebenarnya saya tak ada duit nak makan." jawab budak kecil itu. Kepalanya di tundukkan ke lantai. Suaranya sudah seperti mahu menangis. "Mak ayah awak tak bagi duit belanja kat awak ke?" soal ustazah lagi. "Mak dengan ayah saya dah meninggal. Saya tinggal dengan opah saya ja" jawab Fiyah. "Opah awak tak bagi duit belanja?" Ustazah mahu mendapatkan kepastian akan keadaan anak muridnya. "Opah saya tak sihat 2 3 hari ni. Jadi dia tak boleh ambil upah basuh baju. Dia tak ada duit nak bagi ke saya. Saya nak makan ustazah. Tapi saya tak ada duit. Saya minum air paip ni sebab nak hilangkan rasa lapar. Air masak yang saya bawak dari rumah dah habis." jawapan Fiyah membuatkan hati lembut ustazah sayu. "Mata budak kecil ini menyimpan pelbagai cerita." bisik hati ustazah. "Jom, ikut ustazah ke bilik guru." tangan Fiyah di tarik untuk jalan bersamanya. Sepanjang jalan ke tingkat dua di mana terletaknya bilik guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Nyior hanya ditemani bunyi bising pelajar-pelajar dan guru-guru yang sibuk melakukan hal masing-masing. Sampai sahaja di tempat milik Ustazah Aisyah dia mengambil sesuatu dari beg plastik. Fiyah sekadar melihat perbuatan ustazahnya. "Duduklah." arah ustazah. Fiyah hanya mengikuti apa yang ustazah arahkan seperti lembu di cucuk hidungnya. "Ni, ustazah ada masak bekal tadi. Ingat nak makan. Tapi ustazah kenyang sangat. Kamu tolong habiskan ya." pinta Ustazah. Dia kasihan akan keadaan Fiyah yang terpaksa menahan lapar kerana tiada duit belanja. Diam. Fiyah hanya melihat ustazah Aisyah. "Lah, kenapa tak makan ni sayang? Makanlah." pujuknya lagi. Fiyah terus membaca doa makan lalu menikmati bekal ustazah dengan penuh selera. Ustazah berasa sayu melihat anak kecil ini makan. Dia terasa terpanggil untuk membantu pelajarnya ini. " Fiyah, kamu datang sekolah dengan apa?" tanya ustazah pendek. " Saya selalu datang sekolah dengan basikal tapi hari ni saya jalan kaki saja. Basikal saya pancit." jawab Fiyah. "Kalau macam tu sebelum balik kamu datang tempat ustazah dulu ya. Lepas tu ustazah hantar kamu balik." pesan ustazah. "Eh, tak boleh. Opah cakap saya tak boleh susahkan orang. Opah cakap lagi saya kena belajar berdikari. Saya tak nak orang hina saya sebab selalu susahkan orang." anak kecil ini menolak pelawaan Ustazah Aisyah. "Tak apa. Biar ustazah hantar kamu balik. Kamu nak kerja tak?" Ustazah mula memancing Fiyah. "Kerja? Kerja apa? Saya boleh bekerja ke ustazah? Saya kan bawah umur lagi. Mana boleh kerja ustazah." Fiyah sudah selesa dengan ustazah. Sememangnya anak kecil ini pandai menyembunyikan kesedihannya di sebalik wajah yang ceria. "Ustazah nak pergi beli barang dapur lepas tamat waktu sekolah. Kamu teman ustazah tolak troli. Nanti ustazah bagi kamu upah. Ustazah tak larat nak pergi sorang-sorang." Ustazah sengaja mencipta alasan untuk menghantar Fiyah pulang. Dia perlu berjumpa dengan opah Fiyah agar dia boleh membantu nasib dua beranak itu. "Betul ke ustazah? Saya dapat upah kalau teman ustazah? Kita pergi beli barang kat kedai yang besar tu ke?" Fiyah semakin teruja. "Betul, kita pergi beli barang kat Tesco Mergong. Kamu teman ustazah ya sayang?" balas ustazah pendek sambil mengusap kepala Fiyah dengan kasih sayang. "Okay ustazah! Nanti lepas habis kelas saya datang tempat ustazah. Yea! Boleh saya bagi upah saya ke opah ustazah. Buat beli barang dapur. Beras kat rumah pun dah nak habis. Terima kasih ustazah." ujar Fiyah semula. Dia setuju untuk menemani Ustazah Aisyah. Ustazah Aisyah rasa terharu apabila mendengar kata-kata Fiyah. Walaupun baru berumur 12 tahun namun Fiyah cukup matang. Jika anak kecil lain yang sebaya Fiyah pasti akan menggunakan wang mereka untuk membeli makanan ringan tidak pun mainan. Namun Fiyah hanya berfikir akan tentang opahnya.
............................................................................................................................................................
"Ustazah nak beli apa ni? celoteh Fiyah yang menolak troli sambil matanya liar melihat keadaan sekeliling. "Kita jalan-jalan dulu. Tengok apa yang ada." Ustazah Aisyah seronok melihat Fiyah yang tersenyum. "Fiyah pernah datang sini tak?" soal ustazah. "Tak pernah ustazah. Selalu beli barang di kedai runcit saja. Macam-macam ada kat sini kan ustazah. Sejuk pula tu. Bestnya. Boleh cerita kat opah nanti." jawab Fiyah. Selesai membeli barang. Mereka pun berangkat pulang ke rumah Fiyah. "Assalamualaikum opah!" jerit Fiyah dengan keriangan. "Assalamualaikum opah. Fiyah dah balik dah ni!" jerit Fiyah sekali lagi memandangkan tiada sahutan dari opah. "Waalaikumussalam, Eh, cepatnya cucu opah balik." terkejut opah apabila Fiyah ada di depan pintu sambil tersengih-sengih kerana keseronokan. "Opah, tu ustazah kat sekolah Fiyah." sambil menunding jari ke arah Ustazah Aisyah yang sedang mengambil sesuatu dari bonet kereta. "Ustazah Aisyah yang hantar Fiyah balik sekolah opah. Tapi sebelum sampai rumah, ustazah bawa Fiyah pergi Tesco. Ustazah minta Fiyah teman ustazah beli barang. Lepas tu ustazah bagi Fiyah upah RM20. Banyak tu opah. Kita boleh beli barang dapur opah." sambung Fiyah lagi. Opah sekadar tersenyum mendengar celoteh cucunya. Setelah mencapai barang yang di beli tadi ustazah menuju ke arah opah dan Fiyah. "Assalamualaikum mak cik. Apa khabar?" sapa Ustazah Aisyah dengan mesra. Walaupun ini kali pertama kali mereka bertemu namun kemesraan dapat dirasakan. "Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Mak cik sihat nak. Terima kasih sebab sudi hantar cucu mak cik ni balik. Susahkan Aisyah je." sambut opah sambil memeluk ustazah. "Mak cik, ni ada sikit barang dapur. Saya beli tadi dengan Fiyah." kata-kata ustazah ini membuatkan Fiyah terkejut. "Tapi tadi ustazah cakap barang tu barang ustazah. Mana boleh bagi kepada kami." sampuk Fiyah. "Ustazah saja cakap macam tu. Sebab kalau ustazah bagi tahu perkara sebenar mesti kamu tak nak ikut ustazah balik." jawab Ustazah Aisyah." Fiyah, ustazah minta maaf. Ustazah tak ada niat nak tipu kamu. Mak cik, saya minta maaf jika kehadiran saya ini mengganggu mak cik dan Fiyah. Saya sedih tengok saudara se-Islam saya susah sedangkan saya hidup senang. Jadi saya terpanggil untuk bantu mak cik sekeluarga. Saya harap mak cik izinkan saya untuk tolong mak cik  dan Fiyah." terang ustazah atas niatnya yang sebenar. "Ya Allah, jangan cakap macam tu. Ustazah sudi datang ke teratak buruk mak cik pun dah buat mak cik bersyukur. Terima kasih sebab sudi nak tolong mak cik. Eh, kenapa kita sembang kat luar ni. Jom kita masuk. Minta maaf ye nak. Rumah mak cik ni kotor sikit." balas opah dengan perasaan yang terharu. Fiyah sekadar diam melihat dua orang dewasa ini berbicara. Selepas masuk ke dalam rumah. Fiyah dan ustazah segera menunaikan solat Zohor. Manakala opah sibuk membuat air di dapur. "Ustazah, boleh tak mak cik nak minta tolong ustazah?" soal opah. Fiyah sudah terlena akibat keletihan. Hanya tinggal opah dan ustazah di ruang tamu kecil itu. "Apa mak cik? cakaplah. InsyaAllah jika mampu saya tolong saya akan tolong." jawab Ustazah. "Kalaulah jadi apa-apa ke mak cik. Tolong jagakan Fiyah untuk mak cik. Dia tak ada sapa-sapa dah kat dunia ni. Mak ayah dia dah lama meninggal. Mak cik ni dah tua nak. Bila-bila masa saja malaikat datang jemput mak cik." pinta opah. "InsyaAllah mak cik. Saya akan jaga Fiyah." Ustazah menerima tanggungjawab itu dengan sepenuh hati. "Alhamdulillah, lega mak cik dengar. Kalau Allah nak cabut nyawa mak cik pun mak cik rela." jawab wanita tua itu sambil menepuk paha Ustazah Aisyah.
............................................................................................................................................................
"Perhatian kepada pelajar bernama Awfiyah binti Musa. Anda di kehendaki datang ke pejabat sekolah sekarang juga. Ulang suara. Perhatian kepada pelajar bernama Awfiyah binti Musa. Anda di kehendaki datang ke pejabat sekolah sekarang juga. terima kasih." Pengumuman bergema seluruh kawasan sekolah. Pembelajaran masa kedua sedang berlangsung. Fiyah yang sedang khusyuk membuat latihan matematik tidak sedar akan namanya di panggil. "Fiyah, awak tak dengar ke? Nama awak dalam pengumuman tadi. Cepat pergi pejabat. Ada hal penting agaknya." Puan Suraya memaklumkan semula kepada Fiyah. "Haa? Nama saya? Baik saya pergi sekarang." balas Fiyah sambil membuang habuk pemadam yang penuh di atas meja. Sesampai di pejabat Fiyah melihat Ustazah Aisyah sedang membicarakan sesuatu dengan guru besar." Assalamualaikum, cikgu." sapa Fiyah. "Waalaikumussalam Fiyah. Fiyah, cikgu minta kamu sabar ya dengan apa yang cikgu nak cakap ni. Sebenarnya opah kamu ada kat hospital. Dia tengah tenat. Dia kena tergelincir jatuh ketika mencari pucuk paku kat belakang rumah kamu." Guru besar memaklumkan perkara sebenar kepada anak kecil itu. Opah yang tergelincir jatuh kerana memijak batu yang licin. Anak kampung yang turut mencari pucuk paku terjumpa opah terbaring di atas tanah tanpa sedarkan diri. "Opah." hanya itu yang di sebut oleh Fiyah. Air mata mula bertakung dan mengalir dari mata anak kecil itu. "Sabar ya sayang. Jom kita pergi ke hospital." Sesampai sahaja di Hospital Sultanah Bahiyah. Ustazah terus membawa Fiyah ke wad ICU. Apabila Fiyah melihat opahnya terbaring kaku di atas katil dia terus berlari lalu memeluk opahnya. "Opah, bangunlah. Jangan tinggalkan Fiyah. Nanti sapa nak jaga Fiyah. Fiyah minta maaf Fiyah selalu susahkan opah. Fiyah janji Fiyah akan jadi budak baik. Fiyah akan ikut cakap opah." rayu anak kecil itu. Mengalir air mata Ustazah apabila mendengar kata-kata Fiyah. "Sabar ya sayang. Kita pergi solat. Kita doakan semoga opah Fiyah sedarkan diri. Jom sayang." Ustazah cuba menenangkan Fiyah. Fiyah sekadar mengikuti apa yang ustazah katakan. "Fiyah, doa banyak-banyak tau sayang. Minta Allah sembuhkan opah. Dah, jangan nangis. Anak murid ustazah ni kena kuat. Baru Allah sayang." pujuk ustazah lagi. Namun tidak ada kata-kata yang mampu Fiyah keluarkan. Allah lebih menyayangi opah. Tepat jam 4.50 petang opah telah menghembuskan nafas terakhir. Fiyah melihat sendiri pemergian opahnya. Maka luluhlah hati anak kecil ini apabila insan terakhir yang dekat dengan dirinya pergi buat selama-lamanya. Dengan tanggungjawab yang telah di berikan kepada ustazah. Dia telah menempatkan Fiyah di Teratak Iman iaitu rumah anak-anak yatim yang Ustazah Aisyah bangunkan bersama suaminya. Bermulalah kehidupan Aisyah di sana.
...........................................................................................................................................................
12 tahun kemudian
"Fiyah, macam mana program anak-anak solehah kat Teratak Iman tu? Jadi ke?" soal Syafiqah rakan sekerja Fiyah di Teratak Iman. Berkat usaha gigih Fiyah telah berjaya mendapat ijazah sarjana muda perakaunan di Universiti Utara Malaysia. Namun rasa cinta yang kuat menyebabkan dia membuat keputusan  untuk menabur bakti di rumah anak yatim di mana beliau membesar. "Alhamdulillah, kita dah dapat tajaan dari HPA Sdn Bhd. Jadi pelajar dari sekolah rendah sekitar Alor Star akan turut serta dengan anak-anak kat sini. Fiqah tolong telefon pihak sekolah untuk pastikan berapa orang. Supaya kita boleh urus penginapan dan makanan." balas Fiyah dengan penuh semangat.
............................................................................................................................................................
10 tahun yang lalu
"Hai, saya Syafiqah. awak nama apa?" sapa pelajar di Teratak Iman itu dengan mesra. Fiyah sekadar memandang kosong. Dia yang masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru ini. Walaupun sudah seminggu dia tinggal di rumah ini namun dia masih bersendiri. Ustazah Aisyah sendiri sudah tidak tahu bagaimana untuk memujuk anak kecil ini. "Awak, kenapa duduk  sini sorang-sorang. Jomlah kita pergi main kat kolam ikan." ajak Syafiqah lagi. Namun tiada jawapan daripada Fiyah. "Awak tak nak kawan dengan saya ke? Tak apalah kalau macam tu." akhirnya Syafiqah mula mengorak langkah untuk beransur pergi. "Nanti, duduklah sini. saya nak kawan dengan awak. Fiyah mula untuk berbicara. "Nama saya Awfiyah. tapi orang panggil Fiyah." kata Fiyah lagi. "Oo. Kenapa awak masuk sini? Mak ayah awak dah tak ada ke?" soal Syafiqah untuk mengenali Fiyah dengan lebih mendalam. "Mak ayah saya dah lama tak ada. Opah saya baru meninggal minggu lepas. Ustazah Aisyah yang bawa saya tinggal kat sini. Awak pun macam saya juga ke?" kali ini giliran Fiyah pula bertanya. "Saya tak pernah jumpa mak ayah saya. Orang cakap mak saya tinggalkan saya tepi tong sampah. Lepas itu ada orang kutip dan serahkan saya kat Ustazah Aisyah." jawab Syafiqah dengan tenang. Terkejut Fiyah apabila mendengar cerita Syafiqah. Dia mula sedar bahawa nasibnya lebih baik daripada sahabatnya itu. Dia bersyukur kerana mak, bapak dan opah sayang kepadanya. Dan sejak dari itu Fiyah sudah kembali ceria seperti biasa. Ustazah Aisyah gembira melihat perubahan anak muridnya itu.
............................................................................................................................................................
"Anak-anak yang cikgu sayangi. Kita hidup kat bumi Allah ni perlu ada keredhaan dari Allah S.W.T. Tapi nak dapat redha Allah kena dapatkan redha mak ayah dulu. Hormat mak ayah. Buat baik kepada mereka. Doakan mak ayah kita. InsyaAllah kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Untuk anak-anak yang dah tak ada mak ayah jangan sedih. Ini dugaan dari Allah. Dia sayangkan kita sebab itu kita di uji sebegini. Opah cikgu pesan kalau kita nak jumpa mak ayah kita kat syurga. Kita kena jadi anak yang soleh dan solehah. Untuk jadi soleh dan solehah kita kena ikut semua perintah Allah." Fiyah memberikan ceramah pendek untuk peserta program Kem Anak Soleh dan Solehah. "Cikgu nak anak-anak janji dengan cikgu yang lepas ni anak-anak akan sentiasa berbuat baik dengan mak ayah anak-anak. Janji?" sambung Fiyah lagi. "Janji cikgu!" begitu gamat suara anak-anak peserta kem tersebut. Fiyah berasa gembira dan lapang dada kerana hidupnya kini lebih berharga. Dia sememangnya amat berterima kasih kepada Ustazah Aisyah yang begitu banyak membantunya. Setiap nasihat yang pernah di berikan oleh opah di jadikan sebagai pembakar semangatnya untuk meneruskan perjuangannya di bumi Allah yang penuh berkat ini.

sekian lama beralun sepi
 datang ombak menghakis pergi
sepi tinggal dalam mimpi
kisah indah kekal abadi
indah hidup kerana cinta
cinta Ilahi tak akan terhenti
selagi iman terkesan di dalam hati
~SEKIAN~


ini merupakan cerpen yang saya tulis untuk pertandingan cerpen di Universiti Utara Malaysia. semoga cerpen yang tak seberapa ini memberikan manfaat kepada kita semua. InsyaAllah =) 








Isnin, 7 Mei 2012

aku hamba tuhan

pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika diriku ini lebih rendah dari si mualaf

pantaskah aku gelar hamba tuhan jika 20 tahun hidup yang di laburkan di isi dengan maksiat dan dosa

pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika solatku hanya sekadar di lakukan bukan di tunaikan

pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika gegendang telingaku hanya di alunkan dengan rentak dunia

pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika masa aku di hamparkan ke jalan keseronokan

Ya tuhan, lemparkan aku jalan taubat

jangan Kau tutup lubang taubat di hati ini

aku mohon Ya tuhan

aku tidak mahu menjadi kayu pembakar di neraka kelak

benarkan aku merasai manis jannah-Mu.

benarkan aku menikmati manis menjadi sebahagian dari agama-Mu

moga setiap nafas yang aku hembus sentiasa penuh dengan rahmat dari-Mu Ya Ilahi.




Jumaat, 4 Mei 2012

hutang

assalamualaikum sahabat-sahabat
alhamdulillah dapat jugak tulipkembang update blog
kali ini kita masuk pasal hutang
semua orang pahamkan hutang itu apa
kita pinjam something tak kisahlah duit ke makanan ke pakaian ke
daripada someone.
dan kita janji nak bayar balik
ramai orang tak ambil kisah tentang hutang
kesan berhutang ni sngat banyak
lagi banyak kalau tak bayar

sabda Rasulullah :"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)
  
see beratkan kesan hutang ke atas diri manusia
tapi still orang pandang hutang ini sebagai perkara biasa
tulipkembang pun berhutang dengan kawan-kawan
tapi setiap kali tulipkembang ada hutang dengan kawan tulipkembang akan tulis kat stick note.
so that setiap kali buka laptop the first thing yang tulipkembang akan nampa adalah hutang tulipkembang kat kawan.
if tulipkembang tak ada cukup duit untuk bayar hutang kawan. tulipkembang akan call kawan tulipkembang dan minta maaf sebab tak dapat bayar hutang dalam masa terdekat.
guys please take note, even sepuluh sen ia tetap hutang.

apabila kita mati esok perkara pertama yang keluarga kita perlu selesaikan adalah hutang-hutang kita. cuba kita fikir keluarga kita bukan tahu dengan siapa kita berhutang macam mana keluarga kita nak selesaikan hutang kita. kita dah tak boleh bercakap time tu. ngeri kan

Sabda Rasulullah: "Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi."
 
Rasulullah sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bahawa apabila didatangkan kepada Rasulullah satu jenazah, Baginda tidak akan bertanya mengenai amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. 
Jika si mati mempunyai hutang, Rasulullah menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau Baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.

Islam membenarkan umatnya untuk berhutang. apabila kita berhutang tanggungjawab utama kita adalah untuk menyelesaikan secepat mungkin. kalau kita tak ada cukup duit untuk bayar jangan kita terus diam. kita kena call atau ingatkan kawan kita yang kita ada hutang dan akan bayar secepat yang mungkin. dan jangan pula bila kawan kita diam. kita pun diam juga. mana tahu sebenarnya kawan kita ingat kita ada hutang dengan dia tapi dia malu nak mintak. ni yang masalah utama. bila orang yang bagi hutang lagi malu daripada orang yang hutang. dan boleh pulak orang yang berhutang tu buat tak tahu buat tak ingat tentang hutang dia. masalah masalah.

bayangkan bila kita berhutang dengan orang lepas tu kita tak bayar. kita buat tak tahu je. orang tu akan duduk diam ke? paling tak pun dia akan cerita kepada kawan-kawan dia. then mesti orang akan pandang serong sebab pandai pinjam tapi tak reti bayar. kan malu macam tu. jadi kawan-kawan tulipkembang yang disayangi sekalian. sentiasa ingat bahawa hutang mesti kena bayar walaupun sepuluh sen. if kawan kita tak halalkan duit yang kita pinjam. susah kita nak menjawab esok. semoga kita lebih alert tentang hutang hutang kita. insyaALLAH~









 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...