Ahad, 25 Mac 2012

keping keping hati

disaat aku melihat rintik rintik hujan
datang menyapa ceritera indah antara aku dan engkau
dingin yang aku rasa seperti dinginnya kasih sayangmu yang terkesan di hati
masih aku ingat bagaimana engkau datang kepadaku
masih aku ingat bagaimana engkau memimpinku
masih aku ingat bagaimana engkau membuat aku ketawa
aku alpa kita alpa
kerana cinta kita bukan berada di atas landasan yang benar
kita salah dalam mentafsir cinta
lalu aku leraikan sedikit demi sedikit sulaman perasaan yang terhias cantik di dalam hati
mungkin ini menyesakkan nafasmu
mungkin ini mengguris jiwamu
dan engkau berlalu pergi tanpa sebarang kata
aku redha
aku terima
kerana aku yakin cinta sebenar adalah untuk Dia
kerana aku yakin
kepingan kepingan cinta yang terlerai itu
akan bersatu kembali atas kuasa-Nya





Jumaat, 9 Mac 2012

aduh

situasi pertama

tempat : dewan kuliah

pensyarah matematik : tu pelajar perempuan yang kat belakang tu kenapa tak duduk kat depan. kan banyak lagi tempat kosong ni.

pelajar : alah puan tak apalah saya duduk kat belakang pun.

pensyarah matematik : kenapa tak nak duduk kat depan? segan? malu sebab kena duduk sebelah lelaki?

pelajar : aah puan ( muka blushing shing shing ***)

pensyarah matematik : oo, kalau nak belajar malu nak duduk sebelah lelaki. kalau pergi tengok wayang tak apa pulak. kalau pakai baju balut aurat tak malu. tapi yang ni tau pulak malu.

pelajar : erkk  (diam ***)


situasi kedua

tempat : bilik

siti : kau asal ni aku tengok muka macam ayam berak taik?

suraya : malik *dengan muka sebek

siti : asal dengan dia? nak kahwin dah ke?

suraya : ish, kau ni kalau dia nak kahwin mestilah kau tahu. kan aku bakal isteri dia..hahaha *gelak malu. aku cakap kat dia aku nak pergi jitra hujung minggu ni dengan kawan-kawan aku tapi dia tak bagi

siti : kenapa pulak dia tak bagi kau pergi jitra. bukan kau nak pergi melawat kawan kau dapat anak ke?

suraya : yela, kan amir yang nak drive. dia tak bagi aku pergi kalau lelaki yang drive.

siti : asal pulak dia tak bagi? dia bukan apa- apa dengan kau. lagipun ada lagi kan kawan perempuan kau yang ikut sekali

suraya : mestilah. aku kan girlfriend dia. 

siti : mak ayah kau tau tak?

suraya : tak tau lagi. nanti aku nak pergi aku smslah

siti : ouh, macam tu pulak. kalau untuk si malik tu kau telefon. kalau mak ayah kau cukup sms saja. dah tu mak ayah kau ada bagi kebenaran ke nak pergi? malik tu suami kau ke?sampai nak kena mintak kebenaran segala bagai. dah tu kau boleh pulak pergi ikut cakap dia. cakap mak ayah kau tak ada pulak kau ikut sampai macam ni. kau nak cakap malik tu bakal suami kau? kau dah tukar kos ke? dari accounting ke kos tuok nujum? hebat kau. ajar aku sikit. halal ke malik tu untuk kau? baiknya kau. awal giler kau practice ikut cakap "bakal suami". aku kagum dengan kau. okaylah. aku ada kerja. jangan lupa cakap kat mak ayah kau ye. eh,silap kena cakap kat malik dulu. bakal suami. assalamualaikum.

suraya : erkk (diam ***)

pesanan: korang semua mesti belajar matematik kan? korang belajar tambah tolak bahagi darab segala bagai lagi lah kan? if korang salah guna function mesti calculation dengan jawapan korang yang panjang berjela tu salah jugak kan? macam tu jugak function kita sebagai seorang muslim nak lagi muslimat. 

if korang buat kekasih korang yang konon cinta dunia akhirat tu as macam korang punya nyawa. dialah segala galanya buat korang lebih dari mak ayah korang kira salah lah function korang hidup kat dunia ni. couple tu kan zina dan Allah S.W.T sendiri telah melarang hambanya untuk mendekati zina. tak percaya. haa, ada bukti. pergi zoom al quran surah al isra ayat 32.

seterusnya, sama jugak dengan function tudung. banyak muslimat salah gunakan tudung. tudung bukan takat tutup rambut je tau. banyak muslimat sekarang ni ;
1)pakai tudung tapi atas dari dada. 
2) pakai tudung tapi baju lengan pendek
3) pakai tudung tapi jarang
4) macam-macam lagilah korang pun tahu sendiri kan? korang pandai kan?

kita berbalik semula pada function tudung. untuk apa tutup aurat kan? kalau tutup aurat dapat apa. pahala kan? so if korang pakai tudung tapi tak fully cover your aurat korang dapat apa?
fikir sendiri. tulipkembang tak nak tulis.

jangan korang nak tunggu hidayah nak datang bergolek. korang kena cari gali. korang kena usaha sendiri. korang mesti cakap nantilah. pintu hati tak terbukak lagi. kalau esok korang mati? amacam? benda susah tak kan jadi senang kalau korang tak cuba buat jadi senang, kalau korang tak cuba dan kalau korang cuba tanpa displin
things become harder if you do not make it easy
semua atas diri korang. 
okay?

assalamualaikum. 
 papai





Isnin, 5 Mac 2012

selamat pengantin baru

assalamualaikum
alhamdulillah akhirnya ada masa jugak untuk tulipkembang update blog ni
sawang semua dah cuci pakai kiwikleen. * harap-harap kleen lah noh ^,^
cuba tengok tajuk?
excited tak?
hahaha
once again alhamdulillah salah seorang sahabat tulipkembang telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangannya
tulipkembang sendiri dapat hadir ke majlis akad nikah yang bertempat di Masjid Bandar Baru Bukit Kayu Hitam pada 2 Mac 2012 lalu
dengan dua kali lafaz mereka telah sah menjadi suami isteri
this is my first time attend this ceremony and i feel very excited
tambah-tambah pulak kawan sendiri yang kahwin lagi lah tulipkembang rasa seronok
thanks to azis herman for invited tulipkembang
thanks to afiq and also zahir sebab tolong bawak kereta
thanks to yona dan anis sebab ajak tulipkembang join sekali
ini ole-ole untuk semua..
jom kita tengok!



ni masa akad nikah. alhamdulillah semua berjalan lancar. masa tu tulipkembang pulak yang terlebih berdebar debar
hihi ^,^
well that is my first time you know!



upacara pembatalan air sembahyang * tulipkembang sebut ayaq semayang ( i'm a kedahan hihi >,<)



huu.. the love spread in the air



bagai pinang di belah dua
sama cantik sama padan
hihi ^,^


selepas acara akad nikah selesai kami di ajak oleh keluarga pihak perempuan untuk pergi ke rumah mereka
ada makan-makan sikit
so kat sana kami berborak panjang bersama keluarga kedua-dua belah pihak
then tulipkembang dapat jumpa semula kawan-kawan dari kolej matrikulasi kedah


from left : tirah, jihah, hanim, mekna, ruqqaiyah


pengantin di tengah di apit oleh anak-anak dara
lepas ni korang semua pulak aeh
hihi <3


from left : jihah, hanim, azis, mekna, tirah, ruqqaiyah


from left : ijoy, ikmal, zahir, azis, afiq, azim
the boys! jangan lupa ikut jejak azis suatu hari nanti


farhan dan azis
paan lepas ni hang pulak
hang kan dah ada calon
jangan tunggu lama-lama
nanti lama-lama
dia di ambil orang


from left : jihah, ruqqaiyah, mekna tirah
haa
ni anak dara ni tengah posing gaya nayid
* umur 20 dah tapi dok kanak-kanak lagi haiyo~


tirah, mekna, ruqqaiyah
thier peace style
rock ni!
orang buat peace dia tak buat pulak
haha~


MASA UNTUK GAMBAR CURI!!!


they are discussing somthing. i'm going to be next person! ahaha


ruqqaiyah dan najihah













mari kita doakan supaya perkahwinan azis dan hanim mendapat keredhaan dari ALLAH


Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini,
(azis) dan (hanim).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
amin~

tulipkembang harap entri kali ini dapat dijadikan sebagai contoh kepada kita semua. perkahwinan menghalalkan hubungan seorang lelaki dan seorang perempuan. Allah dah ciptakan jalan yang halal untuk mereka yang mahu hidup secara berpasangan. jadi sebaiknya kita gunakan jalan itu. bukankah hidup kita di dunia ini untuk mencari keredhaan Allah? maka, tidak perlu di ragu lagi. apabila tiba masanya lakukanlah. 

“Apabila seorang hamba telah berkahwin ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya maka hendaklah ia bertakwa untuk yang setengah lagi”
 [HR Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab, dinilai “Hasan” dalam Sahih Al-Jami’]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...