Selasa, 19 Mac 2013

Kuliah Mimbar : "Anak soleh VS Pelajar Cemerlang

bismillaahirrahmaanirrahiim,

Assalamualaikum. Apa khabar sahabat semua? Apa khabar iman? Semoga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Segala pujian bagi Tuhan sekalian alam. Kita masih diberikan peluang untuk menumpang di bumi Allah. Mungkin 5 minit selepas ini kita akan pergi mengadap Allah. Moga setiap masa yang diberikan kepada kita. Kita manfaatkan dengan perkara kebaikan. InsyaAllah. Alhamdulillah ciktulipkembang berkesempatan untuk menghadiri satu kuliah mimbar yang bertajuk "ANAK SOLEH VS PELAJAR CEMERLANG. Jom! kita membaca. Moga ilmu yang ciktulipkembang peroleh ini bermanfaat buat semua.

Soalan pertama : Bagaimana yang dikatakan dengan ANAK SOLEH dan bagaimana yang dikatakan dengan PELAJAR CEMERLANG itu?

JAWAPAN : Anak soleh adalah anak yang
  1. anak yang TAAT KEPADA PERINTAH ALLAH
  2. anak yang TAAT KEPADA KEDUA IBU BAPANYA
  3. anak yang MELAKSANAKAN AJARAN AGAMA ISLAM

"Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya".
(Hadis Riwayat at-Tirmizi).


CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH

  1. taat kepada perintah Allah
  2. taat kepada Rasulullah 
  3. taat pada ibu bapa
  4. rajin menuntut ilmu (jihad melawan hasutan syaitan)
  5. jaga adab dan akhlak
  6. bijak uruskan masa (cari masa untuk diri sendiri bermuhasabah. ingat kembali apa yang kita lakukan sepanjang hari ini. lakukan selepas solat. ambil masa untuk rehat dan tenangkan diri)
  7. bersih dan kemas (sentiasa berwuduk. Orang yang sentiasa berwuduk ni jauh dari gangguan syaitan) 


Soalan Kedua : Perincian yang lebih mendalam tentang ANAK SOLEH. Adakah dengan cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat?

JAWAPAN : Soleh berasal dari perkata arab iaitu SULHUN (yang diperbetulkan, yang tidak ada kecacatan kecuali perkara-perkara kecil)

1. anak soleh mesti ikut perintah Allah

Perkara pertama yang perlu ada pada anak soleh adalah SYUKUR PADA ALLAH. Kenapa kena syukur pada Allah sebab kita lahir dengan beribu dan bapa. Cuba lihat sesetengah hamba Allah yang tidak jelas siapa ibu bapanya. Kasihankan. Yang kedua anak soleh itu TIDAK BOLEH SYIRIK PADA ALLAH. Tempat pergantungan kita hanya pada Allah. HANYA PADA ALLAH. 

2. anak soleh mesti ikut perintah Rasulullah
 [tak sempat nak salin point. maaf! :( ]

3. taat pada ibu bapa

“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa” (Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya – hadis no: 1899 (Kitab al-Birr wa al-Shalah, Bab berkenaan keutamaan pada keredhaan ibubapa) dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 515)

Jika kita berjaya tapi tidak mendapat redha kedua ibu bapa apa guna kita hidup? Tak semestinya yang cemerlang itu soleh tapi anak yang soleh tu semestinya pelajar yang cemerlang. suka saya untuk berkongsi kisah yang diceritakan oleh Saudara Hilal Asyraf dalam bukunya yang bertajuk UNTUK KITA PENDOSA. 

Kita melihat ada di antara sahabat-sahabat kita yang selalu meninggalkan solat, tidak menutup aurat. bercouple, sering melakukan maksiat dan zina tapi masih lagi mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Sedangkan ilmu tidak akan memasuki hati yang gelap. Mengapa jadi begitu?? Sahabat semua pernah dengar perkataan ISTIDRAJ? 

Istidraj merujuk kepada keadaan seseorang yang dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam hidupnya secara berterusan. Walaupun dia bukan hamba Allah yang taat. Mengapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj??? 

Istidraj adalah apabila Allah memberikan kejayaan, harta kekayaan, dan rezeki yang melimpah ruah kepada manusia, dan manusia itu menjadi lebih jauh daripada-Nya. 

Sahabat-sahabat pernah dengar kisah QARUN? Haaa.. Mana yang belum, saya syorkan sahabat-sahabat semua BELI buku UNTUK KITA PENDOSA. WAJIB!! Jangan kedekut untuk ilmu ya sahabat-sahabat. 

TANAM DALAM DIRI KITA SIFAT BERSYUKUR 

bila kita gagal dalam sesuatu perkara contoh peperiksaan. ambil nafas. tenangkan fikiran. pujuk diri sendiri. cakap diri kita
"takpa takpa. aku tak cemerlang macam orang lain pun takpa. at least aku hidup tenang. dapat ibadat pada Allah. aku hidup masih lagi dalam ketaatan Allah. mugkin bukan rezeki aku untuk cemerlang dalam peperiksaan. Allah nak bagi lebih baik untuk aku." 

pujuk hati kita sahabat-sahabat.  bersangka baik dengan Allah. itu cemerlang yang sebenar!

Soalan Ketiga : Bagaimana pula seorang pelajar itu ingin menjadi anak yang soleh pada masa yang sama dia juga mahu jadi pelajar cemerlang?

JAWAPAN : ada 10 langkah
  1. Didik diri kita untuk kenal Allah ( faham sifat 20 dan falsafah surah al-ikhlas)
  2. pastikan kita dirikan solat dan check balik bagaimana solat kita
  3. bekalkan ilmu agama pada diri sendiri dengan secukupnya 
  4. hidupkan rumah kita dan bilik kita dengan suasana Islam (baca al-quran, buat amalan-amalan sunat)
  5. hidupkan budaya memberi salam (praktikkan adab-adab Islam dalam kehidupan.)
  6. dekatkan diri dengan masjid atau surau (duduk dalam rumah Allah ni buat jiwa jadi tenang!)
  7.  tanamkan perasaan jihad Islam ke dalam diri
  8. tanamkan sifat cintakan majlis ilmu (masjlis ilmu itu umpama taman-taman syurga)
  9. perhatikan dengan siapa kita berkawan
  10. mohon pada Allah semoga kita dikurniakan dengan sifat anak yang yang cemerlang
  11. sentiasa berpesan dan memberi nasihat kepada saudara Islam kita (guna cara yang hikmah dan lemah lembut ----> nasihat itu kasih sayang ) *tambahan

RUMUSAN
  •  jangan heret mak ayah ke dalam nereka
  • jaga penghormatan dan maruah diri
  • bila buat kerja rasa serba tak kena check balik hubungan dengan Allah dan hubungan dengan mak ayah

mohon jasa sahabat semua tegur saya jika ada kesalahan fakta. takut tersalah sebar ilmu. aigoo. moga bermanfaat buat semua. insyaAllah ;) 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...