Ahad, 25 Mac 2012

keping keping hati

disaat aku melihat rintik rintik hujan
datang menyapa ceritera indah antara aku dan engkau
dingin yang aku rasa seperti dinginnya kasih sayangmu yang terkesan di hati
masih aku ingat bagaimana engkau datang kepadaku
masih aku ingat bagaimana engkau memimpinku
masih aku ingat bagaimana engkau membuat aku ketawa
aku alpa kita alpa
kerana cinta kita bukan berada di atas landasan yang benar
kita salah dalam mentafsir cinta
lalu aku leraikan sedikit demi sedikit sulaman perasaan yang terhias cantik di dalam hati
mungkin ini menyesakkan nafasmu
mungkin ini mengguris jiwamu
dan engkau berlalu pergi tanpa sebarang kata
aku redha
aku terima
kerana aku yakin cinta sebenar adalah untuk Dia
kerana aku yakin
kepingan kepingan cinta yang terlerai itu
akan bersatu kembali atas kuasa-Nya





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...