pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika diriku ini lebih
rendah dari si mualaf
pantaskah aku gelar hamba tuhan jika 20 tahun hidup yang di
laburkan di isi dengan maksiat dan dosa
pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika solatku hanya
sekadar di lakukan bukan di tunaikan
pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika gegendang telingaku
hanya di alunkan dengan rentak dunia
pantaskah aku di gelar hamba tuhan jika masa aku di
hamparkan ke jalan keseronokan
Ya tuhan, lemparkan aku jalan taubat
jangan Kau tutup lubang taubat di hati ini
aku mohon Ya tuhan
aku tidak mahu menjadi kayu pembakar di neraka kelak
benarkan aku merasai manis jannah-Mu.
benarkan aku menikmati manis menjadi sebahagian dari
agama-Mu
moga setiap nafas yang aku hembus sentiasa penuh dengan rahmat
dari-Mu Ya Ilahi.
