Isnin, 8 Oktober 2012

DUHAI SAHABAT


Assalamualaikum 

Jeng jeng jeng. Lama sangat-sangatkan blog ni tak di update. Hee ;) sibuklah awok. Kita sibuk sangat. Dah masuk semester baru ni macam-macam nak kena buat. Paham-pahamlahkan.

Mari kita memuji Allah sebelum kita masuk ke topik utama kita 
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Kita masih di berikan nikmat hidup oleh Allah
Alhamdulilah kita masih diberikan peluang untuk membuat persediaan sebelum kita melangkah ke dunia sebenar kita.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah

Baik. 
Topik yang saya nak kongsikan ini cukup mudah cukup ringkas. Saya sebenarnya telah di berikan amanat oleh pihak-pihak tertentu untuk membaikkan hubungan antara 4 pihak. 2 pihak adalah dari kaum keluarga saya sendiri. Dan 2 pihak lagi adalah dari kalangan sahabat-sahabat saya. Saya bukan nak aibkan sesiapa. Tapi saya rasa benda macam ni perlukan langkah-langkah yang tersendiri. Dan langkah pertama yang saya lakukan adalah dengan menulis entry ini. Saya mohon jasa baik teman-teman semua untuk mendoakan agar dipermudahkan untuk memikul tugas berat ini.
Semua orang ada kawan. Tapi tak semua orang ada sahabat. Apa beza kawan dengan sahabat?
Eh, ada beza ke? Bagi saya ADA.  Banyak sangat perbezaannya. Kalau kawan kita tak akan cerita semua perkara kepada dia. Tapi kalau sahabat semua benda kita nak kongsi dengan dia. Kalau sahabat, rasa kasih sayang tu lebih kuat. Kalau kawan ni biasa-biasa saja sebab kita ada ramai kawan. Contohnya, Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Bagaimana kasih sayang Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kepada Baginda. Naaa itu dia sahabat sejati! 

“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian

KENAPA DAH 10 TAHUN JADI SAHABAT TIBA-TIBA GADUH DAN TERUS MASAM MUKA. KENAPA? 

Akar persahabatan 

Kita boleh cakap “Ini sahabat saya. Dah 10 tahun kami kenal.” Kenal hanya luaran atau sekali dengan dalaman? Adakah 10 tahun itu cukup untuk kita kenal hati budinya. Adakah tempoh itu memberi manfaat kepada kita jika kita senang untuk terasa hati atau mudah untuk merajuk atas sebab-sebab kecil? Kalau kita cakap itu sahabat kita. Kita kenal dia. Kenapa masih sukar untuk kita memahami sikapnya? MENGAPA? Adakah persahabatan yang kita bina disiram dengan keihklasan dan kepercayaan? Cuba check balik kita ada tak ciri-ciri sahabat  yang Imam Ghazali katakan  kepada anak dia. Cuba kita check balik diri kita, sebab apa kita bersahabat dengan dia. Dan kenapa kita sanggup putuskan persahabatan kita? Adakah kita ini seorang yang bertaqwa sehingga sanggup memutuskan persahabatan atas sebab yang tidak bertentangan dengan Islam? Adakah kita hidup berlandaskan syariat Islam? Adakah syurga tempat bagi orang yang memutuskan silaturrahim?

Pada hari kiamat kelak orang yang bersahabat saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertaqwa."
(al-Zukhruf:67)

Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.”
(Riwayat Baihaqi).

Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Tak takut ke? Gadaikan diri. Lempar diri kita dalam neraka sebab ego. Sebab bodoh sombong kita. Susah sangat ke kita nak mengaku kita salah dan susah sangat ke untuk kita mengalah? 
KENAPA DAN MENGAPA?

Saya mengaku kadang-kala akan ada suara-suara halus yang jahat datang menghasut saya. Datang untuk menggoyahkan kasih sayang saya kepada sahabat-sahabat saya. Kadang-kadang ada masanya saya terasa hati dengan perlakuan mereka. Tapi saya tak sanggup untuk merajuk kerana saya begitu sayangkan mereka. Saya tidak mampu untuk berdiam diri dan menghalang diri saya berbual dengan mereka walaupun selama 1 hari! Saya tidak mampu untuk membiarkan hati saya menjauh kerana saya perlukan mereka dalam hidup saya. Saya tanamkan itu dalam jiwa saya. Wahai teman mari kita didik diri kita untuk ikhlaskan kasih sayang kita kepada sahabat-sahabat kita. 

HUSNUZON KUNCINYA! Sentiasa didik jiwa untuk bersangka baik. Kerana itu kunci sebuah persahabatan. Ingat! mungkin sesaat lepas ini kita akan mati. Adakah kita mahu pergi dalam keadaan kita bermusuh dengan sahabat kita sendiri. Adakah kita mahu pergi dalam keadaan kita tidak sempat untuk bermaafan dengan sahabat kita? 

Maafkan saya jika entri ini menyakitkan hati anda. Maafkan saya jika ada terkasar kata. Maafkan saya jika ada tersalah fakta. Tegurlah saya kerana teguran anda akan mengajar saya.

SAHABAT
Di saat aku menangis keseorangan
Sedangkan orang lain seronok menikmati nikmat tuhan
Engkau datang kepadaku dengan membawa harapan
Di saat aku alpa dengan perkara sia-sia
Engkau datang menyelamatkan aku dari menganggung dosa
Di saat aku dianugerahkan rezeki yang tak terkira
Engkau berdoa tanda syukurmu pada Yang Maha Esa
Sahabat, engkau hadiah dari Ilahi
Yang mengawalku dari keji
Moga kita berjumpa lagi
Didalam syurga yang abadi






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...