Assalamualaikum
Jeng jeng jeng.
Lama sangat-sangatkan blog ni tak di update. Hee ;) sibuklah awok. Kita sibuk
sangat. Dah masuk semester baru ni macam-macam nak kena buat. Paham-pahamlahkan.
Mari kita memuji
Allah sebelum kita masuk ke topik utama kita
Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah
Kita masih di berikan
nikmat hidup oleh Allah
Alhamdulilah kita masih diberikan peluang
untuk membuat persediaan sebelum kita melangkah ke dunia sebenar kita.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah
Baik.
Topik yang
saya nak kongsikan ini cukup mudah cukup ringkas. Saya sebenarnya telah di
berikan amanat oleh pihak-pihak tertentu untuk membaikkan hubungan antara 4
pihak. 2 pihak adalah dari kaum keluarga saya sendiri. Dan 2 pihak lagi adalah
dari kalangan sahabat-sahabat saya. Saya bukan nak aibkan sesiapa. Tapi saya
rasa benda macam ni perlukan langkah-langkah yang tersendiri. Dan langkah
pertama yang saya lakukan adalah dengan menulis entry ini. Saya mohon jasa baik
teman-teman semua untuk mendoakan agar dipermudahkan untuk memikul tugas berat
ini.
Semua orang ada
kawan. Tapi tak semua orang ada sahabat. Apa beza kawan dengan sahabat?
Eh, ada beza ke?
Bagi saya ADA. Banyak sangat
perbezaannya. Kalau kawan kita tak akan cerita semua perkara kepada dia. Tapi
kalau sahabat semua benda kita nak kongsi dengan dia. Kalau sahabat, rasa kasih
sayang tu lebih kuat. Kalau kawan ni biasa-biasa saja sebab kita ada ramai
kawan. Contohnya, Rasulullah dan sahabat-sahabatnya. Bagaimana kasih sayang
Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar kepada Baginda. Naaa itu dia sahabat sejati!
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu akan teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan kematian
KENAPA DAH 10 TAHUN JADI SAHABAT TIBA-TIBA
GADUH DAN TERUS MASAM MUKA. KENAPA?
Akar persahabatan
Kita
boleh cakap “Ini sahabat saya. Dah 10 tahun kami kenal.” Kenal hanya luaran
atau sekali dengan dalaman? Adakah 10 tahun itu cukup untuk kita kenal hati
budinya. Adakah tempoh itu memberi manfaat kepada kita jika kita senang untuk
terasa hati atau mudah untuk merajuk atas sebab-sebab kecil? Kalau kita cakap
itu sahabat kita. Kita kenal dia. Kenapa masih sukar untuk kita memahami
sikapnya? MENGAPA? Adakah persahabatan yang kita bina disiram dengan keihklasan
dan kepercayaan? Cuba
check balik kita ada tak ciri-ciri sahabat yang Imam Ghazali katakan kepada anak dia. Cuba kita check balik diri
kita, sebab apa kita bersahabat dengan dia. Dan kenapa kita sanggup putuskan persahabatan
kita? Adakah kita ini seorang yang bertaqwa sehingga sanggup memutuskan
persahabatan atas sebab yang tidak bertentangan dengan Islam? Adakah kita hidup
berlandaskan syariat Islam? Adakah syurga tempat bagi orang yang memutuskan
silaturrahim?
Pada hari kiamat kelak orang yang bersahabat
saling bermusuhan di antara satu sama lain, kecuali orang-orang yang
bertaqwa."
(al-Zukhruf:67)
Sabda Nabi s.a.w.: “Tidak akan masuk syurga
orang yang memutuskan hubungan silaturrahim.”
(Riwayat Baihaqi).
Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.”
Nabi juga bersabda, diriwayatkan Abu Hurairah r.a.: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Tak takut ke?
Gadaikan diri. Lempar diri kita dalam neraka sebab ego. Sebab bodoh sombong
kita. Susah sangat ke kita nak mengaku kita salah dan susah sangat ke untuk
kita mengalah?
KENAPA DAN MENGAPA?
Saya mengaku
kadang-kala akan ada suara-suara halus yang jahat datang menghasut saya. Datang
untuk menggoyahkan kasih sayang saya kepada sahabat-sahabat saya. Kadang-kadang
ada masanya saya terasa hati dengan perlakuan mereka. Tapi saya tak sanggup
untuk merajuk kerana saya begitu sayangkan mereka. Saya tidak mampu untuk
berdiam diri dan menghalang diri saya berbual dengan mereka walaupun selama 1
hari! Saya tidak mampu untuk membiarkan hati saya menjauh kerana saya perlukan
mereka dalam hidup saya. Saya tanamkan itu dalam jiwa saya. Wahai teman mari
kita didik diri kita untuk ikhlaskan kasih sayang kita kepada sahabat-sahabat
kita.
HUSNUZON KUNCINYA! Sentiasa didik jiwa untuk bersangka baik.
Kerana itu kunci sebuah persahabatan. Ingat! mungkin sesaat lepas ini kita akan
mati. Adakah kita mahu pergi dalam keadaan kita bermusuh dengan sahabat kita
sendiri. Adakah kita mahu pergi dalam keadaan kita tidak sempat untuk bermaafan
dengan sahabat kita?
Maafkan saya jika
entri ini menyakitkan hati anda. Maafkan saya jika ada terkasar kata. Maafkan
saya jika ada tersalah fakta. Tegurlah saya kerana teguran anda akan mengajar
saya.
SAHABAT
Di saat aku
menangis keseorangan
Sedangkan orang
lain seronok menikmati nikmat tuhan
Engkau datang
kepadaku dengan membawa harapan
Di saat aku alpa dengan
perkara sia-sia
Engkau datang
menyelamatkan aku dari menganggung dosa
Di saat aku
dianugerahkan rezeki yang tak terkira
Engkau berdoa tanda
syukurmu pada Yang Maha Esa
Sahabat, engkau
hadiah dari Ilahi
Yang mengawalku
dari keji
Moga kita berjumpa
lagi
Didalam syurga
yang abadi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan