Selasa, 15 Januari 2013

buat kali terakhir ;)


“Assalamualaikum abah. Abah sihat?”seperti biasa. Ini aktiviti harianku. Berbual dengan abah tersayang. Dia jauh di selatan dan aku jauh di utara. Hanya panggilan telefon pengubat rindu saluran untuk berbicara. “Alhamdulillah, abah sihat. Kakak dah makan? Ada apa-apa masalah hari ni?” sambut abah dengan nada ceria. Allah, begitu berat rinduku padanya. Sedang aku sibuk berjuang di lembah ilmu ini. Dia masih risau akan keadaanku. “ Kakak dah makan dah tadi. Lepas habis kelas terus beli makanan. Okaylah, kelas hari ni pun okay. Tak ada masalah pun. Hehe.” Balasku dengan manja. “Ada orang cuba nak mengorat anak abah tak ni?” sambung abah lagi. “Mana adalah abah. Kakak kan garang. Tak ada orang nak kawan.” Adu ku pada. Sudah menjadi prinsip. Aku tidak suka lelaki mudah dekat denganku. aku rasakan begitu murah harga diriku apabila lelaki mudah mengenaliku. Aku mahu jadi mawar dalam hutan larangan. Tidak ada yang berani memetik. Tidak ada yang berani untuk mengusik. Biar dikatakan prinsip yang gila. Namun aku tetap bangga mempertahankannya. Hampir 15 minit kami berbual. Aku memohon diri untuk berbicara dengan tuhanku. Abah juga mahu menyambung kerjanya. Solat itu satu nikmat. Tempat aku menangis dan tempat aku meluah. Tempat aku berbicara secara langsung dengan-Nya. Aku tidak Nampak kehadiran-Nya. Tapi yang pasti pengawal-Nya senantiasa ada untuk mencatat apa yang aku detikkan apa yang aku lakukan dan apa yang aku katakan. Semoga buku amalanku terkandung banyak pahala daripada dosa.

26 Jun 2012
2 petang
Aku menerima panggilan telefon dari abah. Bila aku angkat aku dapati bukan suaranya. Aku takut lalu aku letak. Aku beristighfar di dalam hati agar tiada buruk yang berlaku. Telefonku berbunyi lagi. “Assalamualaikum kakak. Ni ayah usop ni. Kakak, kakak sabar tau. Semalam abah kakak pengsan kat tempat kerja. Ayah usop bawa pergi ke hospital. Tapi Allah lagi sayang abah kakak. Dia dah meninggal pagi tadi.” Terang ayah yusuf dengan penuh hati-hati. Aku terdiam. Akuu mengambil masa untuk menghadam apa yang aku dengar. “Ya Allah, ayah usop! Abah saya. Saya tak sempat cakap dengan dia. Dah dua hari saya tak telefon dia. Kenapa abah pergi ayah usup!” aku meraung keseorangan. Aku meraung kesedihan. Aku hilang pedoman. Allah, beratnya untuk aku terima khabar ini.
Abahku selamat dikebumikan pada hari yang sama. Saudaraku di sana tidak mahu menyimpan lama. Aku redha. Aku terima. Tiada kesempatan untuk bertemu abah buat kali terakhir. Tiada kata-kata dari abah. Walaupun dada menyimpan seribu rasa. Demi adik-adik. Amanah dari abah. Aku harus kuat. Aku harus kuat. Aku tidak menangis. Aku tidak mampu untuk menyatakan riak sedihku. Biar tuhan yang mengetahui. Kini aku hilang doa dari abah. Aku patah sebelah kaki. Ini cerita hidupku. Ini takdir buatku. Ya aku terima. Aku berlapang dada. Allah tahu terbaik buatku. Kini tiada panggilan telefon. Tiada gurau senda. Cuma aku punya doa. Talian terus kepada tuhanku. Setiap kali solat tidak lupa aku untuk berdoa agar abahku tenang di sana. Dan aku di sini sedang berjuang. Berjuang sedaya upaya. Menjadi anak solehah. Untuk membawa abahku ke syurga.


“Ya Allah, jika bukan takdirku untuk berbakti kepada abah di dunia. Maka Kau bantulah aku agar aku dapat berbakti kepadanya dengan memberinya syurga. Ya Allah, kuatkan aku agar aku tak tergelincir dari jalan-Mu. Ya Allah, terimalah segala amalanku.”




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...