assalamualaikum.
alhamdulillah tulipkembang dapat idea nak update blog.
yela dah cuti pertengahan semester ni nafsu nak pegang buku tu kuranglah sikit.
kalau kat kampus tu alahai nak main game pun tak sempat
hihi <3
baik! mari kita kepada tajuk di atas
nampak dak equation mudah yang tulipkebang buat?
paham tak?
meh sini nak hurai
macam mana nak tuntut ilmu yang akhirnya menghasilkan kejayaan dan seterusnya mendapat keberkatan dari ALLAH
1) NIAT
Selalu apa apa pun kita mulakan dengan niat. Contoh paling dekat tulipkembang nak cakap niat dalam solat niat puasa niat bersedekah. Semua berkaitan dengan niat. Jadi nak belajar pun kena mulakan dengan niat. Niat kerana apa? Kerana ALLAH Jangan letakkan dalam kepala kita "aku study ni supaya aku boleh dapat A dalam subjek ACCOUNTING". Then bila kita study rasa macam susah nak masuk susah nak paham sebab apa kita dah letakkan niat nak dapat "A" bukan niat kerana ALLAH. Belajar ni pun di kira jihad di kira perkara kebaikan. kalau niat dah tak betul macam mana nak dapat pahala sekali gus keberkatan. iye dak?
2)DISPLIN DIRI
sebaiknya sebelum kita study apa kata kita baca al-quran. satu muka surat pun cukup. Sebab apa? kita perlukan jiwa yang lapang jiwa yang tenang sebelum study. Semua orang tahu ayat al-quran ni penenang kepada hati yang kusut. Jadi apa salahnya kita baca al-quran sebelum study. Sambil dapat pahala sambil boleh lapangkan jiwa. iye dak?
3)MIND SET
selalu kalau kita buat latihan ke study something yang susah nak paham ke mesti kita akan cepat putus asa. tak paham sikit lepas itu PAP! tutup buku dengan geramnya "tak nak lah aku study topic inventory ( Financial acccounting I) tak paham aku. Susah giler. Nanti- nanti sajalah aku tengok balik" haa todia dia keluaq dah alasan beribu batu. Cuba fikir dari mana datang alasan negatif macam tu?? jeng jeng jeng.. Of course lah dari musuh kita my dear. Belajar ni kan ibadat. Dia mana suka tengok manusia ni beribadat. Jadi apa yang dia lakukan. MENGHASUT KITA MENINGGALKAN MEJA STUDY LALU PERGI KE ATAS KATIL DAN MAIN GAME ANGRY BIRD.
haa todia. dasat dak syaitan? ish ish ish. jadi apa perlu kita buat? kalau tulipkembang lah kan tulipkembang akan bangung jerang ayaq panas then bancuh VICO. lepas minum ayaq VICO panas baru sambung balik. dalam hati sentiasa berdoa supaya ALLAH tolong kita. apa pun yang paling penting mind set kita. roomate tulipkembang selalu cakap jangan cakap tak boleh nanti akan jadi tak boleh. kena cakap boleh! tapi bukan cakap saja kena usaha. kalau dah tak paham sangat cepat-cepat cari kawan yang hebat bab kita tak paham tu.
4) SERUAN ALLAH PERKARA UTAMA
kita tengah study ni. feel semua dah ada ni. tengah kusyuk dan lajunya menekan kalkulator nak kira balance sheet. tiba tiba azan berkumandang menandakan masuknya waktu zohor. apa perlu buat. "ahh, habiskan dulu sikit saja lagi" atau "berhentilah sat. solat dulu. satgi sambung balik". mana satu?? kita kena ambil option kedua. berhenti solat dulu. Imam Ghazali ada sebut
"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."
jadi utamakan solat. manalah tahu tengah-tengah belajar tu malaikat datang cabut nyawa. Haa.. tak sempat nak solat zohor. mana tahun selepas kita solat kita akan rasa lagi mudah untuk belajar. berkat ALLAH tu kawan-kawan. iye dak?
5)AMBIL WUDUK DAN BERDOA SEBELUM MULA BELAJAR
Kan dulu masa sekolah rendah ustaz ustazah ajar baca doa sebelum mula belajar. Haa ingat lagi tak? Sebelum belajar seeloknya kita meminta kepada ALLAH agar mempermudahkan ilmu untuk meresap masuk ke dalam hati kita. Tambah pulak kita ada wuduk lagi kita rasa macam feel nak ibadat kan? Doa kan senjata orang mukmin. ALLAH suka bila hamba-Nya meminta minta dari-Nya. Sebab apa?? kita kan lemah. Kita perlu pertolongan dari ALLAH. Sama macam belajar kita kan tak tahu apa-apa sebab tu kita minta mudah untuk paham sesuatu perkara dari ALLAH.
Kita buat sekali memang susah. Tapi bila kita letakkan sekali istiqamah serta doa yang tak putus. InsyaALLAH yang susah akan menjadi senang. Tulipkembang tak cakap tulipkembang baik. Tapi sudah menjadi tanggungjawab tulipkembang sebagai seorang muslim untuk share apa jua ilmu yang tulipkembang ada. Sama-sama kita amalkan supaya kita bukan sahaja menjadi hamba yang bukan sahaja mantap ilmu di dada malah mantap juga imannya agar kita tidak hilang dari mendapat keberkatan dari ALLAH S.W.T.