Khamis, 12 April 2012

keredhaan

assalamualaikum everyone *tangan melambai lambai macam ratu cantik HAHA!
okay nak merapu dah
nampak tajuk di atas?
okay kali ni nak bawak kisah benar tentang keredhaan

ada seorang budak perempuan yang sangat sangat minat dalam bidang muzik. dari kecik dia telah menanam cita-cita untuk terlibat dalam bidang muzik. jadi, bila result SPM keluar. dia memang tekad nak sambung diploma dalam seni muzik tetapi si ibu tidak bersetuju dengan pilihan si anak namun kerana minat yang mendalam dia tetap dengan keputusannya. walaupun ibunya menghalang. walaupun ibunya tidak merestui.

malangnya, apabila apabila keputusan UPU dan MATRIKULASI  keluar dia tidak berjaya untuk mendapat tempat di institusi kerajaan. sedih, dia sangat sedih kerana dia tidak berpeluang ke IPTA seperti rakan-rakanya yang lain. lalu si ibu menyarankan budak perempuan itu untuk menyambung ke tingkatan 6. dia mengikut apa yang ibunya. pada satu pagi sebelum budak perempuan itu pergi ke sekolah. dia menyemak keputusan rayuan MATRIKULASI. alhamdulillah dia berjaya namun dalam bidang perakaunan.

budak perempuan itu tidak mahu pergi kerana sudah selesa dengan kehidupan di tingkatan 6. sebaliknya si ibu menyuruh anaknya pergi. budak perempuan itu mengikutkan apa yang si ibuk katakan. pada permulaannya sukar bagi budak perempuan  itu untuk mengejar kawan-kawannya yang sudah maju ke depan. namun dia tidak putus ada. dia berusaha dan apabila peperiksaan semester pertama di umumkan. dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

ibunya juga gembira dengan kejayaannya dalam bidang perakaunan. dan sekarang dia berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

apa yang tulipkembang cuba ketengahkan adalah betapa pentingnya keredhaan ibu bapa dalam apa juga perkara yang kita lakukan. tambah-tambah pulak bila kita nak tuntut ilmu. memang kita minat dalam satu bidang tapi bila ibu bapa kita tidak bersetuju dengan pilihan kita. susah jugak.

“Keredaan Allah bergantung pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah bergantung pada kemurkaan kedua-dua ibu bapa”. (riwayat al-Hakim)

see, ada bukti tu. bukan saja-saja tulipkembang cakap. nak lagi mudah kita ambil contoh yang semua orang suka. if kita nak kahwin then mak ayah tak restu. adakah kita akan bahagia? tau kan jawapan dia. jadi kepada adik-adik yang sambung ke IPTA IPTS dalam bidang yang korang minat then parents korang tak berapa nak setuju. baik jangan. bincang dulu. ambil kata putus. bukan apa, korang mesti tak nak jadi macam kisah budak perempuan kat atas tu kan?

tulipkembang harap kita semua kena ambil perhatian dan letakkan mak ayah kita sebagai perkara utama apabila kita nak buat sesuatu keputusan terutamanya dalam keputusan yang melibatkan masa depan.
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...