“Assalamualaikum abah. Abah sihat?”seperti biasa. Ini
aktiviti harianku. Berbual dengan abah tersayang. Dia jauh di selatan dan aku
jauh di utara. Hanya panggilan telefon pengubat rindu saluran untuk berbicara. “Alhamdulillah,
abah sihat. Kakak dah makan? Ada apa-apa masalah hari ni?” sambut abah dengan
nada ceria. Allah, begitu berat rinduku padanya. Sedang aku sibuk berjuang di
lembah ilmu ini. Dia masih risau akan keadaanku. “ Kakak dah makan dah tadi. Lepas
habis kelas terus beli makanan. Okaylah, kelas hari ni pun okay. Tak ada
masalah pun. Hehe.” Balasku dengan manja. “Ada orang cuba nak mengorat anak
abah tak ni?” sambung abah lagi. “Mana adalah abah. Kakak kan garang. Tak ada
orang nak kawan.” Adu ku pada. Sudah menjadi prinsip. Aku tidak suka lelaki
mudah dekat denganku. aku rasakan begitu murah harga diriku apabila lelaki
mudah mengenaliku. Aku mahu jadi mawar dalam hutan larangan. Tidak ada yang
berani memetik. Tidak ada yang berani untuk mengusik. Biar dikatakan prinsip
yang gila. Namun aku tetap bangga mempertahankannya. Hampir 15 minit kami
berbual. Aku memohon diri untuk berbicara dengan tuhanku. Abah juga mahu menyambung
kerjanya. Solat itu satu nikmat. Tempat aku menangis dan tempat aku meluah. Tempat
aku berbicara secara langsung dengan-Nya. Aku tidak Nampak kehadiran-Nya. Tapi yang
pasti pengawal-Nya senantiasa ada untuk mencatat apa yang aku detikkan apa yang
aku lakukan dan apa yang aku katakan. Semoga buku amalanku terkandung banyak
pahala daripada dosa.
26 Jun 2012
2 petang
Aku menerima panggilan telefon dari abah. Bila aku
angkat aku dapati bukan suaranya. Aku takut lalu aku letak. Aku beristighfar di
dalam hati agar tiada buruk yang berlaku. Telefonku berbunyi lagi. “Assalamualaikum
kakak. Ni ayah usop ni. Kakak, kakak sabar tau. Semalam abah kakak pengsan kat
tempat kerja. Ayah usop bawa pergi ke hospital. Tapi Allah lagi sayang abah
kakak. Dia dah meninggal pagi tadi.” Terang ayah yusuf dengan penuh hati-hati. Aku
terdiam. Akuu mengambil masa untuk menghadam apa yang aku dengar. “Ya Allah,
ayah usop! Abah saya. Saya tak sempat cakap dengan dia. Dah dua hari saya tak
telefon dia. Kenapa abah pergi ayah usup!” aku meraung keseorangan. Aku meraung
kesedihan. Aku hilang pedoman. Allah, beratnya untuk aku terima khabar ini.
Abahku selamat dikebumikan pada hari yang sama. Saudaraku
di sana tidak mahu menyimpan lama. Aku redha. Aku terima. Tiada kesempatan
untuk bertemu abah buat kali terakhir. Tiada kata-kata dari abah. Walaupun dada
menyimpan seribu rasa. Demi adik-adik. Amanah dari abah. Aku harus kuat. Aku harus
kuat. Aku tidak menangis. Aku tidak mampu untuk menyatakan riak sedihku. Biar tuhan
yang mengetahui. Kini aku hilang doa dari abah. Aku patah sebelah kaki. Ini cerita
hidupku. Ini takdir buatku. Ya aku terima. Aku berlapang dada. Allah tahu
terbaik buatku. Kini tiada panggilan telefon. Tiada gurau senda. Cuma aku punya
doa. Talian terus kepada tuhanku. Setiap kali solat tidak lupa aku untuk berdoa
agar abahku tenang di sana. Dan aku di sini sedang berjuang. Berjuang sedaya
upaya. Menjadi anak solehah. Untuk membawa abahku ke syurga.
“Ya Allah, jika bukan takdirku untuk berbakti
kepada abah di dunia. Maka Kau bantulah aku agar aku dapat berbakti kepadanya
dengan memberinya syurga. Ya Allah, kuatkan aku agar aku tak tergelincir dari jalan-Mu. Ya Allah, terimalah segala amalanku.”
