sedang aku enak beradu di ulik mimpi
datang seorang insan menerjah masuk ke dalam lelapku
ternyata kedatangannya bukan sia-sia
bahkan buat aku turut rasa bahagia
insan yang hilang entah ke mana
mungkin tenggelam timbul bersama kesibukan kota
aku seakan akan berada di dunia yang fana
hanya ada aku dan dia
hanya aku dan dia
betapa aku rindu padanya
sangat rindu padanya
kami berpelukan
merungkaikan rindu di dada
namun semua itu tidak berpanjangan
aku seolah olah di ketuk
dan ketukan itu membuatkan ku sedar
itu hanya mainan tidur
mainan tidur yang membisikan bahawa aku benar benar rindu padanya
lantas aku segera menadah tangan lalu berbicara dengan Yang Maha Mengetahui
" Ya Tuhan, sampaikan salam rinduku padanya. Pelihara dia Ya Tuhan "
sahabat, jangan engkau pergi dari aku
kerana kita punya ukhuwah yang tidak boleh dipincang
kerana engkau telah bawa pergi separuh hatiku
kerana aku amat menyayangimu
amat menyayangimu..