Isnin, 6 Ogos 2012

boleh ke aku berubah

assalamualaikum
Alhamdulillah 
diberi lagi ruang dan idea yang bernas untuk menulis.
post ini saya tujukan khas buat sahabat-sahabat yang mahu berubah ke jalan yang lurus tapi pada masa yang sama sel-sel "sifat teragak-agak" masih berkeliaran di ruangan minda
saya akan bercakap berdasarkan pengalaman saya dan sahabat di keliling

ALHAMDULILLAH!

saya rasa saya mahu berdiri di atas puncak bukit sambil memandang laut biru yang luas terhampar untuk mengucapkan kalimah ALHAMDULILLAH (segala puji hanya bagi Allah) sekuat-kuatnya.

hati saya telah di ketuk sebanyak tiga kali oleh Allah S.W.T. namun pada pada kali ketiga hati saya di ketuk baru saya berani untuk meyahut kunci hidayah yang Allah S.W.T berikan kepada saya. bukan saya tidak mahu berubah. saya sangat mahukan. tapi diri saya pada ketika itu yang masih lagi belum kuat untuk berhijrah di tambah pula ilmu agama yang sangat cetek di jiwa ini membuatkan saya ragu-ragu. macam-macam saya fikirkan.

"boleh ke aku berubah?"

"aku bukan belajar sekolah agama pun."

"ada orang nak tolong aku ke?"

"kalau aku pakai tudung labuh nanti ada orang nak kawan dengan aku tak?"

saya akui amat kelakar sekali pemikiran saya yang sangat tidak matang ketika itu. tapi itu sebenarnya saya fikirkan. persekitaran saya yang agak lengang dari perkara-perkara agama membuatkan semangat saya kian luntur

TAPI!

Allah itu Maha Besar. saya percaya Dia sayangkan saya. Dia sudah memilih saya. jadi di bisikkan sekali lagi semangat untuk "berubah ke jalan Allah" ketika saya memasuki semester kedua di matrikulasi. dan saya dengan beraninya "YA! AKU MAHU BERUBAH. SUDAH TIBA MASANYA UNTUK AKU MENGENALI SIAPA TUHAN AKU. APA AGAMA AKU."

saya belajar mendalami Islam. saya belajar apa itu halal haram. saya belajar itu apa solat. saya belajar apa itu menutup aurat. saya belajar sedikit demi sedikit. tapi konsisten dalam mengamalkannya. itu di panggil ISTIQAMAH. saya tidak mahu terburu- buru. saya takut saya tidak kekal dengan sifat terburu-buru.

TENTANGAN HEBAT

 YA! saya menghadapi tentangan dari mereka yang saya kasihi. mungkin mereka terkejut dengan perubahan saya. mungkin mereka tidak selesa apabila saya menasihati mereka. tapi saya jadikan tentangan itu sebagai semangat untuk saya berjuang. untuk saya berdakwah. kadang-kadang saya menangis kerana saya sangat lemah. kadang-kadang saya mengeluh kerana saya ini orang yang kurang sabar. tapi saya tidak berputus asa, kerana saya tahu Allah S.W.T sentiasa ada bersama orang yang sabar.

 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
(surah al-baqarah ayat 155)

saya pegang prinsip "dakwah itu susah. tapi yang susah itu manis balasannya"

sahabat saya pernah berpesan 
"kalau hang tak dapat dakwah orang melalui apa yang hang sampaikan. hang boleh berdakwah dengan akhlak"

Subhanallah! betul kata sahabat saya itu. dakwah itu luas caranya. Nabi Muhamad S.A.W sendiri berdakwah melalui akhlaknya. saya tanam azam baru. Alhamdulillah. saya berjaya walau baru sedikit perubahan mereka. dan saya mahu perbaiki akhlak saya. insyaAllah. saya sedang usahakan.

saya bukan role model yang terbaik buat sahabat-sahabat semua. saya masih banyak khilaf. tapi saya mahu sahabat berfikir sejenak. jika kita tidak mengubah nasib kita dan keluarga kita. jika kita tidak memulakan hidup berdasarkan apa yang Islam ajarkan kepada kita. siapa yang mahu mulakan? jika ibu bapa kita tersasar dari jalan yang benar. siapa mahu selamatkan mereka di akhirat kelak? adakah kita juga akan turut terhumban ke dalam neraka? atau kita yang akan menjadi punca utama mereka merasai seksaan dari Allah.

Astaghfirullah al azeem. jangan begitu sahabat. kasihan ibu bapa kita, mereka berkorban tenaga dan harta untuk membesarkan kita. tapi kita mengorbankan semua pengorbanan mereka. saya seronok melihat sahabat-sahabat saya yang turut berhijrah bersama-sama saya. saya sentiasa doaka semoga Allah turut memberikan hidayah kepada sahabat-sahabat saya. kita akan mati. kita akan mati dan pergi meninggalkan dunia. apa bekal kita? bagaimana mahu berjumpa dengan Pencipta jika kita tiada bekal? adakah kita mahu sakit di akhirat? adakah kita mahu sama-sama menunduk dalam keadaan hina? 

saya minta sahabat untuk berfikir. bila kita nak berubah memang kita akan rasa berat. kerana kita dah terbiasa dengan cara hidup kita. cara hidup kita dah sebati dengan jiwa kita. bila kita nak buat baik memang akan rasa susah. sebab hati kita hitam. penuh dengan daki dosa. TAPI! bila kita dah berjaya. kita akan rasa sangat puas hati. kita dah berjaya pelihara diri kita. berjaya bersihkan hati kita. berjaya pulihkah iman kita. berjaya rebut kembali maruah kita dan yang paling penting kita dah berjaya untuk pegang tittle muslimah. indah sekali perasaannya. saya nasihatkan agar sahabat-sahabat yang mahu beubah cari teman yang solehah untuk bantu sahabat-sahabat. insyaAllah Islam akan mekar dalam jiwa kita.

berdoalah, agar kita menjadi insan yang di pilih.



*nota kecil buat sahabat karib saya
terima kasih debab, hang dah banyak tolong aku. banyak ajar aku. banyak sabar dengan aku. banyak nasihat aku. banyak mendengar tangisan aku. aku sayang hang! kawan sampai syurga ya. ;)

me and my cutie debab









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...