Jumaat, 9 Mac 2012

aduh

situasi pertama

tempat : dewan kuliah

pensyarah matematik : tu pelajar perempuan yang kat belakang tu kenapa tak duduk kat depan. kan banyak lagi tempat kosong ni.

pelajar : alah puan tak apalah saya duduk kat belakang pun.

pensyarah matematik : kenapa tak nak duduk kat depan? segan? malu sebab kena duduk sebelah lelaki?

pelajar : aah puan ( muka blushing shing shing ***)

pensyarah matematik : oo, kalau nak belajar malu nak duduk sebelah lelaki. kalau pergi tengok wayang tak apa pulak. kalau pakai baju balut aurat tak malu. tapi yang ni tau pulak malu.

pelajar : erkk  (diam ***)


situasi kedua

tempat : bilik

siti : kau asal ni aku tengok muka macam ayam berak taik?

suraya : malik *dengan muka sebek

siti : asal dengan dia? nak kahwin dah ke?

suraya : ish, kau ni kalau dia nak kahwin mestilah kau tahu. kan aku bakal isteri dia..hahaha *gelak malu. aku cakap kat dia aku nak pergi jitra hujung minggu ni dengan kawan-kawan aku tapi dia tak bagi

siti : kenapa pulak dia tak bagi kau pergi jitra. bukan kau nak pergi melawat kawan kau dapat anak ke?

suraya : yela, kan amir yang nak drive. dia tak bagi aku pergi kalau lelaki yang drive.

siti : asal pulak dia tak bagi? dia bukan apa- apa dengan kau. lagipun ada lagi kan kawan perempuan kau yang ikut sekali

suraya : mestilah. aku kan girlfriend dia. 

siti : mak ayah kau tau tak?

suraya : tak tau lagi. nanti aku nak pergi aku smslah

siti : ouh, macam tu pulak. kalau untuk si malik tu kau telefon. kalau mak ayah kau cukup sms saja. dah tu mak ayah kau ada bagi kebenaran ke nak pergi? malik tu suami kau ke?sampai nak kena mintak kebenaran segala bagai. dah tu kau boleh pulak pergi ikut cakap dia. cakap mak ayah kau tak ada pulak kau ikut sampai macam ni. kau nak cakap malik tu bakal suami kau? kau dah tukar kos ke? dari accounting ke kos tuok nujum? hebat kau. ajar aku sikit. halal ke malik tu untuk kau? baiknya kau. awal giler kau practice ikut cakap "bakal suami". aku kagum dengan kau. okaylah. aku ada kerja. jangan lupa cakap kat mak ayah kau ye. eh,silap kena cakap kat malik dulu. bakal suami. assalamualaikum.

suraya : erkk (diam ***)

pesanan: korang semua mesti belajar matematik kan? korang belajar tambah tolak bahagi darab segala bagai lagi lah kan? if korang salah guna function mesti calculation dengan jawapan korang yang panjang berjela tu salah jugak kan? macam tu jugak function kita sebagai seorang muslim nak lagi muslimat. 

if korang buat kekasih korang yang konon cinta dunia akhirat tu as macam korang punya nyawa. dialah segala galanya buat korang lebih dari mak ayah korang kira salah lah function korang hidup kat dunia ni. couple tu kan zina dan Allah S.W.T sendiri telah melarang hambanya untuk mendekati zina. tak percaya. haa, ada bukti. pergi zoom al quran surah al isra ayat 32.

seterusnya, sama jugak dengan function tudung. banyak muslimat salah gunakan tudung. tudung bukan takat tutup rambut je tau. banyak muslimat sekarang ni ;
1)pakai tudung tapi atas dari dada. 
2) pakai tudung tapi baju lengan pendek
3) pakai tudung tapi jarang
4) macam-macam lagilah korang pun tahu sendiri kan? korang pandai kan?

kita berbalik semula pada function tudung. untuk apa tutup aurat kan? kalau tutup aurat dapat apa. pahala kan? so if korang pakai tudung tapi tak fully cover your aurat korang dapat apa?
fikir sendiri. tulipkembang tak nak tulis.

jangan korang nak tunggu hidayah nak datang bergolek. korang kena cari gali. korang kena usaha sendiri. korang mesti cakap nantilah. pintu hati tak terbukak lagi. kalau esok korang mati? amacam? benda susah tak kan jadi senang kalau korang tak cuba buat jadi senang, kalau korang tak cuba dan kalau korang cuba tanpa displin
things become harder if you do not make it easy
semua atas diri korang. 
okay?

assalamualaikum. 
 papai





2 ulasan:

  1. btol2..mostly rmi treat pkwe mcm husband..
    tah pape..hehehe
    cik satira bgimana mau memfollow awk

    BalasPadam
  2. aku buang follower tuh ahaha..takpa..aku dah follow hang dah

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...