Aku tersenyum membaca isi pesanan ringkas yang baru sahaja aku terima. Fikiran aku mula melayang memikirkan insan yang menghantar pesanan itu kepadaku. "Hai, senyum lebar nampak. Kau renung skrin phone kau tu macam nak telan dah aku rasa. Siapa yang hantar mesej?" tegur Ila kawan di sebelahku. Aku sekadar senyum sendirian sementara jariku ligat membalas pesanan itu. "Hurm, hanif hantar mesej". balas aku pendek. "Apa dia nak?" soal Ila lagi. "Tak ada apa pun. Dia cakap dia dah sampai rumah je". Aku kembali fokus kepada Encik Saiful yang sedang mengajar di hadapan. "Lin, aku cakap kau jangan marah tau." kata Ila dalam nada serius. "Apa dia? cakaplah." ingin segera tahu apa yang Ila mahu katakan. "Jangan sayangkan orang lain lebih dari kau sayangkan hati kau. Nanti hati kau juga yang terluka." Tersentak aku mendengar katanya. Aku sekadar mengangguk. Mungkin benar katanya. "Ah, kau tak paham Ila. Kau tak pernah rasa apa aku rasa. Aku terlalu sayangkan dia." bisik hati kecilku.
"Kenapa awak tiba-tiba nak jumpa saya Hanif?" aku begitu hairan apabila mendapat pangilan telefon daripadanya. dia ingin berjumpa dengan aku di taman petang ini. Itu sahaja katanya. "Saya ada hal penting nak dibincangkan." jawab Hanif dalam nada serius. Aku sendiri makin takut melihat kelakuannya yang makin pelik sejak kebelakangan ini. "Hal apa awak? Kenapa serius sangat ni? Saya ada buat apa-apa salah ke?" soal aku lagi kini dalam perasaan yang cemas. ya cemas. Adakah dia mahu mengakhiri hubungan yang telah kami cipta selama 4 tahun lamanya. " Saya nak putuskan hubungan kita. Apa yang kita buat sebenarnya ni salah. Kita tak boleh bercouple. Ini bukan budaya ini bukan perkara yang agama kita ajar. Mungkin semua ini salah saya kerana saya fikir saya boleh mengawal keadaan. Saya boleh mengawal nafsu saya. tapi saya tak mampu awak. Dan saya tak nak kita makin jauh dari tuhan. Sebab tu saya rasa jalan terbaik adalah dengan putuskan hubungan kita." jelas hanif dengan panjang.dia jugak tidak melihat muka aku sebaliknya pandangannya dilemparkan ke arah kanak-kanak yang begitu asyik dengan dunia permainan mereka. Aku rasa dunia aku gelap. Bagaimana aku hendak hidup jika hanif tiada di sisi aku. Selama ini dia yang banyak memberi aku galakan untuk belajar. Dia yang menemani aku apabila aku hendak berjaga malam. Dia yang sentiasa menjadi tempat aku melepaskan geram di hati. Kenapa tiba-tiba dia jadi seperti ini. Kenapa mahu putus di tengah jalan. Apa salah aku. Aku rasa aku dah cuba jadi yang terbaik untuk dia. Dia ada orang lain ya. Pelbagai soalan menerjah ke minda aku. Namun itu semua tidak mampu aku bicarakan. Aku hanya biarkan ia berlegar legar dalam kepala ku yang kusut ini. Aku melangkah pergi. Aku sendiri tidak pasti mengapa aku hanya mengangguk lalu pergi begitu sahaja. Hanif sekadar menemani pemergian aku dengan pandangan kosong.
Aku kembali meneruskan pengajian aku di universiti namun kali ini perjuangan aku hanya ditemani dengan kenangan. Hanif hilang entah ke mana. Selepas pertemuan terakhir kami di taman permainan dia tidak lagi menghubungiku. Aku juga membiarkan sahaja. Tipulah jika aku katakan aku tidak ingat padanya. Saban malam aku menangis. Cuti semester selama 4 bulan aku gunakan dengan sebaik yang mungkin untuk melupakan dia. Ibu dan ayah juga hairan dengan sikap aku yang tiba-tiba berubah. Aku yang terkenal dengan kebecokan kini menjadi pendiam. apabila mereka tanyakan aku hanya mengata bahawa aku bosan berada di rumah. Aku memerap di dalam bilik. Apabila tiba waktu makan baru aku akan keluar untuk makan bersama-sama keluarga. Khabar berita dari kawan. Entah lah. Aku mematikan telefon bimbit aku. Mesej dair Ila jugak tidak aku balas. Malas untuk aku ambil peduli. Biarkan semua berlalu pergi.
"Assalamualaikum Lin". Sapa Ila. Di tangannya memegang plastik mungkin itu makanan yang uminya kirimkan untuk aku. Sudah menjadi kebiasaanya umi akan membekalkan kuih muih tradisional yang di buat sendiri untuk aku. "Waalaikumussalam Ila, masuklah. Aku baru nak kemas bilik kau dah sampai. Bolehlah tolong sekali." gurauku. "Banyak cantik. Bilik aku pun macam ladang ternak kambing ada hati nak tolong kemas bilik kau. Ni umi ada bagi makanan sikit macam biasalah kau kan anak kesayangan umi". Balas Ila. "Kau baru sampai ke?" tanya aku sekadar meredakan debaran di hati. pasti Ila akan bertanyakan kenapa aku diam sepanjang cuti semester yang lalu. "Ya aku baru sampai. Kau ada masalah ke Lin. Aku mesej kau tak reply. Phone pun kau off. Kau ada masalah dengan Hanif kan kalau tak. Kau tak pernah buat perangai macam ni". serangan hendap Ila membuat aku empangan air mataku pecah. "See betullah cakap aku. Dia buat apa kat kau?" tanya Ila. "Dia minta putus. Dia kata dia tak nak macam ni. Dia nak berubah. Entah. Biarlah. Aku okay saja. Kau tak payah risau." luah aku tanpa memandang muka sahabatku itu. aku tak mampu melihat mukanya kerana dia bisa menangkap perasaan yang sebenarnya aku pendam. "Aku kenal kau Lin. Kau tak payah tipu aku. Kau dah salah langkah sebab tu kau jadi macam ni. Aku dah cakap jangan sayang orang lebih dari kau sayang diri kau sendiri. Lagipun sayang kau salah tempat. Punya perasaan cinta tak salah Lin. Cinta itu fitrah manusia. Tapi cara kau luahkan cinta kau salah. Kau luahkan pada cara yang tak halal. sebab tu kau terluka. Even kau kahwin dengan Hanif pun. Kau tak kan dapat keberkatan dari Allah sebab kau dah biarkan cinta kau di hirup Hanif sebelum kau halal buatnya. Muhasabah semula cinta kau. Siapa yang lebih layak. Bukan Hanif tapi ALLAH. Dia lebih layak untuk kau sandarkan cinta. Aku tak kata aku baik. Tapi kau kawan aku Lin. Aku tak nak kau sakit sebab kau terpedaya dengan syaitan. Tanggungjawab aku. Aku sayang kau jadi aku tak nak kau sedih macam ni." terang Ila dengan lembutnya. Makin deras air mataku mengalir aku sedar aku tersalah langkah."Ya Allah, ampunkan aku. Ampunkan aku kerana aku tak percaya dengan apa yang telah kau tulis dalam kamus hidupku. Aku mencipta bahagiaku sendiri. Dengan cara yang Engkau murkai. Ampunkan khilafku Ya Ilahi!" jerit hatiku memohon ampun dari Yang Maha esa. Lantas aku memeluk Ila. "Maafkan aku Ila. Aku salah." kataku dalam sedu. "Kau tak salah dengan aku Lin. Tapi dengan Allah. Minta ampun dengan dia. Minta dia kuatkan hati kau. Dia yang pegang semua." balas Ila sambil mengusap bahuku. "Bimbing aku Ila. Aku perlukan bimbingan kau." Pintaku pada sahabatku ini. "InsyaAllah. sama-sama kita berubah jadi wanita solehah.
Alhamdulillah, aku tenang kerana aku bercinta pada yang menciptakan aku. aku senang kerana aku tidak terbabas dari landasan cinta yang sebenar. Terima kasih Ya Allah kerana tidak pergi meninggalkan aku di saat aku memerlukan-Mu.
“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan