Ahad, 8 Julai 2012

KASIH SUCI DARI ILAHI

              Suasana bising di dalam kelas 4 murni. Kelas yang penghuninya terdiri daripada semua pelajar Melayu.  Kelas yang paling digeruni oleh semua pengawas. Kalau dapat giliran nak jaga kelas tu memang masak kena bulilah jawabnya. Cikgu Aqmalini yang baru di tugaskan di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru sedang berjalan menuju ke kelas 4 murni. Dalam fikirannya teringat kembali kata-kata cikgu senior semasa berbual dalam bilik guru tadi. "Hati-hati ye Lin. Pelajar kelas 4 murni tu nakal. Kami yang dah lama mengajar kat sini pun penat dengan dorang". Kecut perut juga bila dengar benda-benda macam tu. "Haih, dah lah aku baru nak mula mengajar dapat kelas macam ni pula. Tak boleh tak boleh. Aku kena positif. Mohon Allah permudahkan urusan aku. Insyaallah. Rabbi Yassir Wala Tu’assir. Amin." Mohon Aqmalini kepada Allah. Kaki kanan dijejakkan masuk ke dalam kelas itu. Suasana bising menjadi senyap. Bagaikan malaikat lalu di hadapan kelas tersebut. Aqmalini meletakkan buku dan handbag di atas meja. Sebuah senyuman kecil terukir. "Assalamualaikum, saya Cikgu Aqmalini binti Aqmal. Saya akan menggantikan Puan Rodziah yang bercuti selama 3 bulan." Aqmalini memulakan taaruf namun semua pelajar hanya diam memandang tepat ke arahnya . "Apehal pulak budak-budak ni tengok aku semacam. Muka aku ada jerawat ke?" bisik Aqmalini di dalam hati. "Hello, tak jawab salam dosa okay." Katanya lagi. "Waalaikumussalamwarahmatullah cikgu." Baru ada suara-suara dari pelajar 4 murni. "Kenapa awak diam bila saya bagi salam. Apa muka saya ni lubang hidung ada 4 ke? Tanya Aqmalini. Riuh rendah gelak ketawa pelajar kedengaran. "Tak adalah cikgu. Kami ingatkan cikgu garang macam cikgu Rodziah jugak. Kat sekolah ni cikgu pakai tudung labuh semua pandang serong 90 darjah kat kami cikgu. Bukan takat cikgu-cikgu je mak cik pejabat pun sama." Balas seorang pelajar yang duduk di belakang sekali. Katanya itu disambut dengan ketawa dari rakan-rakan yang lain. "Ada lagi ke mentaliti macam ni. Astagfirullahalazim. Ya Allah jauhkan aku dari mempunyai perasan merendahkan hamba-mu yang lain kerana apa yang aku punya bukan milikku tapi milik-Mu." doa Aqmalini. "Relax relax, mungkin cara mereka untuk bagi student fokus dalam pelajaran dengan menjadi garang. Dalam kelas je tu garang. Ce kamu kalau terserempak dengan cikgu-cikgu kat luar kamu tegur insyaallah mereka tak garanglah." Balas Aqmalini  kepada pelajarnya. "Dengan saya lain pula. Saya tak suka marah-marah tapi kena ingat dalam kelas kena fokus. Nak main-main boleh tapi ada masanya. Kena belajar rajin-rajin nak balas jasa mak ayah. Kamu semua perempuan. Akhlak kena jaga.  Kamu-kamu ni lah bakal ibu-ibu solehah. Mungkin cikgu Rodziah garang sebab nak kamu berjaya. Nak kamu jadi perempuan yang baik luar dan dalamnya. Ingat tu. Pesanan pertama saya. Jangan lupa setia bersama saya." ujar Aqmalini lagi dengan gaya ala-ala professor Izzy. Ketawa satu kelas dengan celoteh cikgu baru mereka. Pelajaran di teruskan sehingga loceng rehat berbunyi. "Hah, macam mana cikgu Lin kelas 4 murni tu okay ka dak?" soal cikgu Mursyid ingin tahu pengalaman cikgu baru itu mengendalikan kelas 4 murni. "Okay saja cikgu, tak ada pulak masalah tadi. Tapi masa mula-mula saya masuk bagi salam tadi memang tak ada respond. Bila saya tanya budak-budak tu dorang cakap selalu cikgu tudung labuh garang dengan dorang nak-nak lagi cikgu Rodziah. Gitu lah yang dorang kata." Balas Aqmalini. "Sungguh lah kot. Cikgu perempuan kat sini memang garang sikit. Macam rimau pun ada jugak. Nasib baik saya kahwin dah. Kalau dak jenuh nak ngorat depa nak buat bini." balas Cikgu Mursyid dalam loghat utara. Ketawa Aqmalini mendengar jawapan Cikgu Mursyid. "Sungguh lah noh." balas Aqmalini.
          Pengalaman hari pertama bergelar seorang guru tidaklah sepenat yang dibayangkan. Mungkin kerana kelas yang di pegang Aqmalini hanya 3 buah kelas. Kenangan ketika di sekolah rendah datang menjengah fikirannya. "Kita kalau nak berjaya dalam hidup kena pasang cita-cita. Kena ada angan-angan. Dengan cita-cita dan angan-angan ni lah dapat pandu hidup kamu untuk berjaya. Kamu kena ingat kalau ada cita-cita tapi tak ada usaha tak jadi apa-apa. Aqmalini, Apa cita-cita kamu?" soal cikgu kepada anak kecil yang khusyuk mendengar kata-kata semangat dari cikgunya. "Saya nak jadi cikgu. Mak saya cakap kalau jadi cikgu pahala banyak." Balasnya dengan penuh semangat. "Bagus, semangat macam ni kita nak. Bukan sahaja nak kejar dunia tapi akhirat pun kita kena kejar. Baru seimbang. Baik anak-anak, cikgu nak kamu buat karangan tentang cita-cita kamu dan hantar kepada cikgu hari Khamis ni. Serahkan kepada ketua kelas kamu. Kamal jangan lupa kutip buku karangan kawan-kawan kamu dan hantar kepada saya hari Khamis waktu rehat." Teringat kepada zaman dia membesar. Mula mengenal hidup yang penuh dengan drama-drama manusia. Dia gigih meneruskan perjuangan untuk menjadi pendidik. Alhamdulillah, Allah memberikan apa yang diimpikan. Tok! Tok! Tok! Pintu bilik di ketuk. Terhenti seketika imbasan zaman kanak-kanak Aqmalini. Aqmalini bangun membuka pintu dan wajah ibu sedang tersenyum di hadapan pintu. Ibu melangkah masuk lalu duduk di atas katil. "Anak ibu ni buat apa ni tak tidur lagi? Esokkan kena bangun awal. Berangan lagi lah tu." Teka ibu. "Pandainya ibu Lin ni. Macam tahu-tahu je" Balas Lin sambil memeluk ibunya. Manja sekali Lin dengan ibunya. "Lin, umur Lin berapa dah sayang?" ibu dah masuk nada serius dah tu. Topik kahwin lagilah ni. "26 tahun baru ibu. Kenapa?" soal Aqmalini pura-pura tak tahu. "Bila sayang ibu nak kahwin ni. Ibu ni teringin sangat nak timang cucu. Ibu nak tengok anak ibu ada keluarga sebelum ibu tutup mata." Balas ibu dalam nada sayu. Aisyehmen ibu. Keluar lagilah drama ibu tu. Parah-parah. "Bukan Lin tak nak kahwin ibu. Cuma.." kata-kata Aqmalini terhenti. "Cuma Lin tunggu Kamal. Sebab Kamal dan janji nak kahwin dengan Lin. Lin, itukan waktu Lin darjah 6. Cinta monyet tu Lin. Lin pun tak pernah contact dengan Kamal dah kan lepas masuk sekolah menengah. Biar ibu carikan jodoh untuk Lin ye sayang?" pinta ibu. Dah banyak kali ibu masuk bab kahwin ni. Dulu masa tengah belajar dia bagi alasan nak belajar dulu. Bila dah habis belajar ibu tanya lagi dia bagi alasan nak kerja dulu. Sekarang dah dapat kerja tetap apa lagi alasan dia nak bagi. Dia merenung wajah tua yang penuh dengan harapan. "Nak ada keberkatan dari Allah kena dapat keberkatan dari mak ayah dulu." Pesanan ustaz bermain di minda. "Ibu, ibu buatlah keputusan yang terbaik buat Lin. Lin ikut je." Aqmalini sudah tidak sanggup membiarkan ibunya bersedih. "Alhamdulillah, Ni gambar lelaki yang merisik Lin siang tadi. Anak jiran mak long kat kampung. Dia sekarang doktor kat Hospital Sultanah Aminah  Johor Bahru.  Lin buat solat istikarah ye sayang. Mintak petunjuk dari Allah. Kalau ada jawapan cakap ke ibu." Ibu mengucup pipi anak daranya itu. Senyuman mengiasi wajah ibunya. "Insyaallah ibu." balas Aqmalini pendek.
            Khusyuk  sekali Aqmalini menyemak kertas ujian bulanan pelajar kelas 4 murni. Pelajarnya diberikan latihan dan perlu di hantar sebelum tamat kelas. "Cikgu, saya nak tanya sesuatu boleh?" suara Amira, salah seorang pelajarnya datang menyapa." Ya, silakan." pen merah diletakkan dan fokus utamanya di tumpukan kepada Amira. "Cikgu, bukan pelajar sekolah agama kan? Tapi kenapa cikgu pakai tudung labuh. Selalu ustazah je yang pakai macam ni." soal Amira. Tersenyum Aqmalini mendengar soalan itu dari Amira. "Ya, Cikgu pelajar sekolah biasa saja. Tapi cikgu nak tanya kamu tudung labuh ni milik budak sekolah agama sahaja ke? Tudung labuh milik semua muslimat. Bukan yang pergi belajar ke sekolah agama saja. Sayang, bertudung salah satu cara untuk kita tutup aurat. Tapi dengan syarat tudung yang kita pakai kena labuh tutup dada dan tak jarang. Dalam al-Quran pun ada menyebut    
            'Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani' (surah al ahzab ayat 59).
            Cikgu boleh saja nak pakai tudung Akel (tudung turki) bidang 60 tapi cikgu lagi selesa pakai tudung labuh sebab apa kalau tudung macam ni boleh tutup belakang dengan sepenuhnya. Cikgu memang malu kalau berjalan kemudian nampak bentuk punggung. Pada mulanya memang cikgu pakai tudung biasa saja. Tapi bila lama-lama cikgu tak selesa terus cikgu tukar pakai tudung labuh. Kita wanita perlu lindungi aurat kita macam mana kita jaga maruah kita." jelas Aqmalini dengan nada yang penuh dengan kasih sayang. Teringat kembali pesan ustaz  "Kalau kita nak berdakwah atau nak memberi nasihat kita kena berlemah lembut. Guna bahasa yang sopan. Nada yang penuh kasih sayang. Baru apa yang kita nasihatkan dapat meresap masuk ke dalam jiwa yang mendengarnya. Berdakwah perlukan kelembutan kalau di perlakukan dalam keadaan yang kasar takut apa yang kita katakan menjadi tentangan kepada mereka. "Tapi cikgu ada saja budak sekolah agama pakai macam nak bungkus satu badan tapi last-last terlanjur jugak. Dah tu bila tengok kita yang pakai biasa-biasa ni jeling tak lepas pandang. Padahal patutnya dorang tu budak agama banyak ilmu tapi perangai teruk dari kami." sampuk Suhana pelajar yang agak kasar orangnya. "Betul cakap kamu tu Suhana. Sebab tu ada pepatah Inggeris 'don't judge the book by its cover'. Samalah macam kes yang kamu katakan. Mereka mungkin sempurna dari segi menjaga aurat tapi bila di lihat pada akhlaknya ada lompong kecil. Ini semua bergantung pada iman seseorang. Iman manusia boleh bertambah dan berkurang.  Sebab itu pentingnya penghayatan Islam dalam diri kita. Jika kita tahu dan kita amalkan tetapi kita tak punya penghayatan tentang apa yang kita tahu dan apa yang kita amalkan tak menjadi juga. Mungkin niat sahabat yang kamu katakan itu betul. Niatnya nak menegur kesalahan kamu tapi caranya salah. Manusia tak sempurna sayang. Mesti ada kekurangan. Macam kamu sendiri kamu mungkin tak pakai stoking tapi tak bermaksud kamu teruk. Kamu tak tinggalkan solat tapi kamu tidak menjaga aurat. Allah itu maha pengasih. Dia tak kejam. Kamu dapat pahala dalam melakukan solat tapi kamu juga dapat dosa sebab tak tutup aurat." suasana kelas 4 murni diam. Pelajarnya cuba menghadam apa yang telah di sampaikan oleh cikgu mereka. "Saya harap sangat. Anak-anak gadis yang manis semua ni dapat jaga aurat, solat dan akhlak bukan apa kamu-kamu inilah bakal ibu-ibu yang akan melahirkan pewaris Islam. Kita tak nak Islam hanya pada IC tapi pada diri kosong tidak ada apa-apa. Kamu semua masih ada masa untuk ubah diri. Ingat ya sayang. Esok mati amalan soleh kita yang akan menyelamatkan diri kita dari api neraka. Ada apa soalan lagi?" soal Aqmalini. Diam tiada respond. Serius saja muka anak muridnya. "Amboi, kamu ni serius semua takut pula saya. Jangan serius sangat. Relax okay." sambungnya lagi. 
         "Assalamualaikum cikgu, tak makan ke? Dari tadi saya tengok cikgu asyik tanda kertas ujian saja?" tegur Cikgu Farhan, cikgu muda yang baru bertugas sama juga seperti Aqmalini. "Waalalaikumussalam, saya puasa cikgu. Itu yang tak keluar makan tu. Kertas ujian ni pun banyak lagi tak tanda. Markah budak-budak ni dah nak kena submit lusa." balas Aqmalini dengan muka berkerut. Risau takut tak sempat habiskan kerja tanda menanda ni. "Cikgu nak saya tolong ke? Lagi pun saya tengah free ni?" pertolongan mula di hulurkan. Dia senang dengan gaya Cikgu Aqmalini. Dia pernah terdengar perbincangan antara cikgu Aqmalini dengan pelajar-pelajar kelas 4 murni tentang aurat dan cara berdakwah. Terdetik di fikirannya ingin menjadikan mawar suci itu sebagai teman di hati. Tapi nak memetik mawar agama yang suci ini bukan mudah. Ada caranya. Caranya ikut apa yang Islam ajarkan. "Tak apalah cikgu, inikan tugas saya. Masih mampu lagi saya ni. Insyaallah." balas Aqmalini. Sudah menjadi prinsip selagi kudrat yang tuhan anugerahkan ini masih terdaya segala benda dia usahakan sendiri. Jarang benar dia meminta pertolongan dari temannya terutamanya lelaki. Baginya cara begini boleh membuka ruang untuk syaitan meruntuhkan tembok imannya. Syaitan, tidak pernah duduk diam mencari helah untuk menyesatkan kaum nabi Adam. Dan kita juga umat Islam perlu menutup segala ruang dari kita menjadi hamba permainan syaitan yang dilaknat Allah. "Hurm kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong cakaplah. Insyaallah saya tolong." ujar Cikgu Farhan. "Terima kasih cikgu." balas Aqmalini pendek tidak mahu di teruskan perbualan ni takut menjadi fintah jika dilihat mereka berbual begitu.
             Selesai solat Isyak Aqmalini berteleku lama di atas sejadah. Tangan menadah doa memohon petunjuk dari Maha Esa. Istikharah sudah di lakukan namun jawapan tak kunjung tiba. Sudah di bilang ke ibu akan perkara itu. Dia perlu teliti dalam mencari jodoh. Bukan apa kahwin in tujuan utamanya untuk membina Baitul Muslim yang dapat melahirkan generasi Islam bukan hanya pada nama. Dia pun tak kata dia ni solehah sangat. Dia pun masih banyak khilaf. Masih belajar mendalami Islam. Tapi sekurang kurangnya dia cuba untuk menjadi se-solehah yang mungkin. Umur makin lama makin bertambah. Bukan tak ada yang meminang Aqmalini tapi ciri-ciri yang ada pada mereka tidak dapat menawan hati dia. Masa kat universiti pun ada yang cuba untuk berkenalan tapi perasan untuk membalas cinta mereka di sekat atas prinsip "Belajar, Kerja, Balas jasa ibu, Berbakti pada masyarakat". Sekarang dah kerja. Saudara mara pun ada bunyi sumbang kat belakang. Kasihan ibu. Dia pasti ada kebaikan yang tersembunyi di sebalik ujian ini. Dia perlu bersabar. Sabar itu separuh dari iman.
            "Ya Allah, macam mana nak angkat ni. Berat kot. Nak minta tolong orang pun dah lewat sangat dah ni. Semua dah balik." ngomel Aqmalini sendiri. "Apa yang awak bisik-bisik tu cikgu? Muka pun berkerut macam ayam berak kapur je?" sergah Cikgu Farhan dari belakang. "Opocot mak engkau!" melatah Aqmalini. Dia memang tak boleh kalau orang sergah dia. Keluar melatah dia. "Alamak! Mamat ni apehal sergah-sergah orang dari belakang. Aku bagi high kick tak kan nanya." omel dalam hati. "Cikgu ni, salam tak bagi hai tak bagi. Terkejut saya. Cikgu tak balik lagi ke?" marah Aqmalini. "Erk, saya mintak maaf. Saya tengok awak berkerut kerut dengan siap geleng kepala lagi. Khusyuk semacam je awak tengok kotak tu. Kalau saya balik saya tak tegur awaklah cikgu Lin. Hahaha.ada masalah ke?" tanya Cikgu Farhan sambil ketawa. Soalan macam tu pun ada ke? Haih Cikgu Aqmalini. "Ni saya nak angkat kotak ni pergi ke kereta saya. Tapi berat pulak. Nak minta tolong orang semua dah balik. Lewat sangat dah ni. Cikgu kenapa tak balik lagi?" risau duduk ada dua orang je dalam bilk guru ni. Kang tak pasal-pasal kahwin free. Tak nak aku. "Saya tertinggal dompet ni ha. Tu patah balik. Kang tak ada IC ni ha orang cakap saya Mat Bangla pulak. Hahahaha. Mari saya tolong." tangan terus di halakan kepada kotak milik Cikgu Aqmalini. Dia juga mahu segera keluar dari bilik guru. Tak elok berdua-duaan kerana yang ketiga adalah syaitan. Selesai meletakkan kot di dalam bonet kereta cikgu Aqmalini cuba menghidupkan enjin kereta. Namun entah apa pula ujian dari Allah. Kereta yang baru di servis tak sampai seminggu rosak kembali. Mulut berisgtifar berulang kali bagi mengelak rasa marah datang ke hati. "Kenapa ni cikgu?" tanya Cikgu Farhan yang masih setia menunggu. "Kereta saya rosak balik. Macam mana ni. Dah lewat sangat. Teksi pun jarang lalu kat kawasan ni." otak berfikir-fikir cara nak balik. "Mari saya hantarkan cikgu Lin balik." pelawa Cikgu Farhan. "Eh, tak apalah cikgu. Susahkan cikgu je. Saya telefon ibu saya mintak dia hantarkan teksi." tolak Aqmalini dengan lembut. "Tak apa Cikgu Lin. Jangan risau. Adik saya ada dalam kereta saya sebenarnya pergi ambil dia dari rumah kawan dia tadi. Singgah ke stesen minyak nak isi minyak. Bila nak bayar baru perasan wallet tertinggal kat sekolah. Tu yang kena patah balik." jelas Cikgu Farhan yang tahu akan perkara yang bermain di fikiran Aqmalini. "Kalau macam tu bolehlah." setuju Aqmalini. Sepanjang perjalanan menghantar Aqmalini pelbagai perkara yang mereka bualkan. Adik Cikgu Farhan, Farhana juga peramah orangnya. Sesampai di rumah kelihatan ibu sudah menunggu di luar rumah. Mukanya risau sekali. "Assalamualaikum ibu, minta maaf Lin balik lambat. Kereta rosak." keluar sahaja dari kereta terus Aqmalini menerpa ibu. Ibu sekadar menganggukkan kepala. "Ibu, ni kenalkan Cikgu Farhan. Cikgu yang mengajar satu sekolah dengan Lin. Ini adik cikgu farhan, Farhana." Aqmalini memperkenalkan Farhan dan Farhana kepada ibunya. " Mak cik kami minta diri dulu ya. Lagi pun dah nak magrib ni." pinta Farhan dengan sopan. "Lah, solat kat sinilah. Lepas tu kita makan malam sekali. Kesian baru datang dah nak balik." pinta Ibu. "Jomlah abang." lagi pun kalau kat rumah asyik makan lauk kedai je." luah Farhana. Ibu dan ayah Farhan telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Tinggallah farhan dan farhana dua beradik. Farhan yang menjaga adiknya sepanjang ketiadaan ibu ayah mereka. "Baiklah kalau macam tu mak cik." balas Farhan sambil tersenyum. "Ha, macam tu lah. Jom mak cik tunjukkan bilk rehat. Farhana ikut kak Lin ye. Rehat kat bilik kak Lin. Lepas solat magrib kita makan malam.
            Selesai makan malam Farhan dan Farhana meminta diri untuk pulang. Sedang Aqmalini sibuk membersihkan dapur ibu datang lalu duduk di meja makan. "Handsome jugak Cikgu Farhan tu. Lin tak pernah cerita apa-apa pun kat ibu. Pandai ya anak ibu ni simpan rahsia." usik ibu. "Mana ada ibu. Tu kawan je. Tak ada apa-apa pun." jelas Aqmalini. Tangannya lincah membasuh pinggan cawan. "Lin, ibu berkenan." balas ibu pendek sebelum berlalu pergi.
            Selepas menunaikan tanggungjawab sebagai hamba. Farhan merebahkan diri di atas katil. Dia memikirkan tentang dirinya. Dia tahu adiknya begitu merindui kasih seorang ibu dan dia yakin hanya Aqmalini yang dapat memberikan kasih sayang seorang ibu kepada adiknya. Sejak kali pertama dia melihat Aqmalini dia sudah berazam untuk menjadikan Aqmalini sebagai permata hati. Istiqarah telah dilakukan dan jawapan yang positif telah diperoleh. Kini hanya tinggal untuk merisik khabar sama ada mawar suci itu telah dipetik atau belum. Mata di pejam rapat. Malam pun berlalu pergi.
            Sekolah cuti selama seminggu digunakan se-maximum yang mungkin. Program agama di masjid sekitar daerah di ikuti Aqmalini dan ibunya. Masa begini juga digunakan olehnya untuk mempelajari resipi masakan terbaru. Aqmalini memang gemar memasak. Dan ibunya setia menjadi guru. Pada hari pertama persekolahan bermula telah diumumkan di perhimpunan bahawa Cikgu Farhan telah bertukar sekolah atas sebab-sebab tertentu. Terkejut juga Aqmalini bila mengetahui perkara itu. Tak adalah pula Cikgu Farhan beritahu dia. "Arh, aku nak sibuk apa. Tu hak dialah. Hal peribadi dia." bisik hati kecilnya.
            Aqmalini Memang dia rasa lain bila tak ada usikan dari Cikgu Farhan. Setiap hari mesti dia akan di usik oleh Cikgu Farhan. Kepala di geleng perlahan. Hati berisgtifar takut termakan pujukan syaitan. Takut terdedah kepada zina hati. Nauzubillah. Minta tak naklah. Tak nak ada rasa rindu. Sikit pun tak nak!  Teringat kembali kata-kata naqibahnya semasa menghadiri usrah yang berkaitan dengan zina hati. 
"Hati kita perlu dijaga bukan saja dari di hinggap zina hati malah dari perkara-perkara yang boleh menghampirinya. Mata menjauhi dari memandang perkara maksiat. Mulut menjauh dari berkata-kata kesat dan mengumpat. Telinga menghindari dari mendengar perkara-perkara aib dan menjatuhkan maruah orang serta lagu-lagu yang berinti maksiat. Tangan pula menghindar daripada menyentuh sesuatu yang haram. Kaki juga tidak melangkah ke tempat-tempat maksiat. Hati dilindungi dari merindui secara berlebihan. Cukuplah rindu sekadar rindu. Jangan terlalu dilayan sangat ye! Nanti syaitan bakal masuk ‘line’! Dah masuk ‘zone’ bahaya tu! Istighfar banyak-banyak"
“Pada hari (ketika Kiamat), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (di dunia dahulu).”
(Surah Al-Nur : 24)
            Dia faham rasa suka, rasa sayang dan rasa cinta itu memang fitrah sebagai manusia. Oleh sebab dia sedar perasaan seumpama itu fitrah maka dia rasa dia tidak perlu untuk memberatkannya atau terlalu memikirkannya. Tipulah kalau dia cakap dia tak tak teringin untuk bercinta, untuk menyayangi dan di sayangi. Tapi belum tiba masanya. Dia fikir biarkan rasa itu singgah dan berlalu seperti itu sahaja. Tak payah nak dilekatkan di dalam jiwa. Hati lega minda pun tenang.
Ibnu Qayyim menyatakan: 
            "Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
            Hujung minggu datang menyapa lagi. Bangun awal pagi untuk kemas rumah, basuh baju, memasak. Memang hobinya. Rasanya dah boleh jadi isteri orang kalau tengok  Aqmalini. "Lin, semalam ada orang masuk meminang. Ibu terima sebab ibu berkenan sangat dengan akhlak lelaki tu. Kerja dia pun bagus. Kerja kerajaan. Ahli keluarga lelaki tu pun elok budi pekerti. Lin tak marah ibu kan terus terima pinangan lelaki tu?" ibu menyapa Lin yang sibuk mengemas dapur. Tangan Lin yang ligat terhenti. Terkejut mendengar perkhabaran itu dari ibu. Selesai membasuh tangan dia duduk berhadapan dengan ibu. Duduk mahu berbincang. Bukan untuk menyerang! "Ibu, Lin terima je apa keputusan ibu. Lin yakin dengan pilihan ibu. Pihak lelaki kata apa?" katanya yang yakin dengan ibu. "Pihak lelaki nak langsung 3 minggu lagi. Dorang cakap tak payah meriah sangat. Kita ikut cara Islam. Ringkas tapi penuh berkat." beritahu ibu tentang rancangan dari pihak lelaki. "3 minggu?! Tak cepat sangat ke? Apa gelojoh sangat lelaki ni?" omel hati Aqmalini. Muka dah berkerut kerut. Ibu tahu sangat dengan memek muka anak tunggal dia tu. "Sempat je, Lin jangan risau. Kita kan adik beradik ramai. Nak risau apa. Lagi pun si lelaki nak kena pindah ke Sabah sebab tu dia minta buat cepat-cepat. Lagi pun Lin benda baik buat apa nak tangguh lama-lama." Sampuk ibu terus apabila melihat memek muka anak daranya itu. "Ikut ibulah. Lin okay saja." balasnya pendek. Get ready Aqmalini. Tak lama dah. 3 minggu kejap saja dengan izin Allah.
           Macam dikatakan di atas tadilah. Tiga minggu macam kejap je. Semua persiapan Alhamdulillah siap dengan sempurnanya. Aqmalini buat request mengejut. Dia cakap nak pelamin tapi ambil gambar dengan pelamin waktu malam. Time semua tetamu dah balik. Waktu siang buat jadi perhiasan. Pihak lelaki pun tak ada masalah. Okay je. Aqmalini memang tak tahu langsung macam mana rupa bakal suami dia. Ibu dah bagi gambar. Tapi macam biasa dia simpan dalam diari. Dia nak rasa surprise. Nak rasa berdebar-debar masa tunggu akad nikah masa tunggu salam dengan suami. Baru best. Baru ada feel. Pilih baju pengantin pun asing-asing. Langsung tak bertemu. Dia sangat yakin. Yakin dengan pilihan ibu. Yakin dengan jodoh dari tuhan.  Tibalah hari berlangsungnya akad nikah. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Aqmalini pertama kali melihat insan yang bergelar suami. Terkejut ya dia memang terkejut. Cikgu Farhan adalah suaminya. Patut ibu terus terima pinangan Farhan. Dan patutlah Farhan tukar sekolah tiba-tiba. Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu. "Kenapa awak pilih saya?" soal Aqmalini. Sebab awak pilihan Allah untuk saya." jawab Farhan ringkas. "Kenapa awak terima saya?" soal Farhan pula. "Sebab saya yakin dengan pilihan Allah dan ibu untuk saya." balas Aqmalini. "Semoga kita dapat membina sebuah Baitul Muslim yang dapat berkhidmat untuk mengembang Islam ya awak." harapan Farhan terhadap perkahwinan mereka. "InsyaAllah."  Aqmalini mengangguk sambil tersenyum.

nota kecil
---> ini merupakan karya tulipkembang yang ketiga. berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalam dari sekeliling saya cuba menulis sesuatu yang baru. saya masih lagi lekek dengan dunia penulisan. namun itu tidak menjadi penghalang untuk saya mencuba dan terus mencuba. jika ada sebarang nasihat saya menerimanya dengan hati yang terbuka. semoga apa yang saya ilhamkan ini dapat membuka mata zahir dan mata batin kita. insyaAllah. terima kasih 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...