Sabtu, 6 Julai 2013

Takbir kematian



“Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir.” Terngiang ngiang bait lirik lagu pergi tak kembali nyanyian kumpulan rabbani di telinga. Ya, setiap manusia bernyawa itu semestinya akan pergi meninggalkan dunia yang sementara. Transit sebentar di alam barzakh atau lebih dikenali dengan alam kubur. Sama ada kita diseksa atau dilayan dengan sebaik baiknya. Bergantung pada amalan yang kita kerjakan semasa kita didunia. Kematian itu adalah satu perkara yang ngeri bagi mereka yang dihinakan dan kematian itu adalah satu perkara yang menggembirakan bagi mereka yang dimuliakan. Gembira bertemu dengan Tuhan. Gembira setelah mendapat pulangan atas apa yang dilaburkan di atas dunia. 
 
Kita tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kita di atas bumi ini. Adakah kalimah syahadah yang menjadi teman terakhir kita. Atau sebaliknya? Ramai yang menginginkan syurga tapi gaya hidup di dunia seperti mahu ke neraka. Aku mahu syurga! Aku mahu syurga! Aku mahu syurga! Persiapan mahu menuju ke sana tak sehebat mana. Ramai yang mengimpikan mati dalam keadaan husnul khatimah tapi gaya kita lebih ke arah suul khatimah. Syurga itu terhad bagi mereka yang istimewa dan neraka itu luas bagi mereka yang biasa-biasa. 

Cara nak ke syurga luas Allah bentang. Yang dosa itu jelas dan yang pahala itu juga jelas. Cuma kita. Cuma kita yang perlu memilih. Kematian datang tanpa petunjuk dan tanpa salam. Mengejut! Dan caranya juga kita tidak pernah akan tahu. Lebih mengerikan jika kita mati dalam kita syirik kepada Allah. Dalam keadaan kita berzina tanpa sempat memohon taubat. 

Kita umpama musafir. Dari alam dunia kita melangkah ke alam barzakh. Dari alam barzakh kita melangkah ke alam masyar. Tugas kita mencari bekal. Mencari bekal untuk dibawa ke tempat terakhir iaitu alam masyar. Di sana kita di hitung. Syurga atau neraka. Di seksa atau berbahagia. Sedikit pun tidak di kurangi dan di lebihkan. Allah Maha Adil. 

Masih kita mahu bersenang lenang? Masih kita mahu pejam mata? Tepuk dada. Tanya iman

“lebih baik mati di usia yang muda daripada tua dengan membuat dosa”

(ASIAH YUSRA)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...